Page 40 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 40
Aktiviti 1.19
Aktiviti
Individu
Meneka warna berdasarkan nombor perenambelasan.
Nombor perenambelasan digunakan untuk mewakili warna pada laman sesawang dan
perisian penyuntingan imej dengan menggunakan format #RRGGBB, di mana RR = merah,
GG = hijau, BB = biru. Simbol # menunjukkan nombor-nombor ini telah ditulis dalam format
nombor perenambelasan. Sistem ini menggunakan dua digit nombor perenambelasan untuk
setiap warna, contohnya #FF4200. Rajah di bawah menunjukkan paparan yang diperoleh
daripada perisian penyunting kata apabila ingin menukar warna teks.
BAB 1
• Perisian ini menggunakan model
warna RGB
• Julat nombor ialah 0–255, iaitu
setiap warna mempunyai sebanyak
256 varian warna.
• Menggunakan nombor perpuluhan
untuk mewakili nombor
perenambelasan kerana pengguna,
iaitu manusia lebih memahami
sistem nombor ini.
Layari laman sesawang http://yizzle.com/whatthehex/ untuk permainan interaktif
meneka warna berdasarkan nombor perenambelasan yang diberi.
1.2.4 Hubung kait nombor perenambelasan dengan kod ASCII dalam bahasa mesinahasa mesin
1. 2. 4 Hub ung kait nomb or perenamb elasan d engan kod ASCII dalam b
Komputer hanya memahami satu bahasa, iaitu bahasa mesin.
Standard Pembelajaran Bahasa mesin hanya terdiri daripada nilai 1 dan 0 sahaja. Jika
manusia perlu menulis atur cara dalam bahasa mesin untuk
Murid boleh: difahami komputer, proses ini adalah sangat rumit dan tidak
1.2.4 Menghubungkaitkan efisien. Maka satu bahasa yang dapat menterjemah bahasa mesin
nombor perenambelasan yang boleh difahami oleh manusia diperlukan. Pengekodan
dengan pengekodan ASCII
yang digunakan dalam ASCII adalah bahasa penterjemahan.
bahasa mesin.
30

