Page 69 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 69
Penerangan:
• Pemboleh ubah jumlah = 0 dan nombor = 0.
• Pengguna diminta memasukkan satu nombor dan nilai nombor tersebut diumpukkan
kepada pemboleh ubah nombor.
• Ujian syarat untuk nombor bukan 0 dilakukan. Jika ya, proses penambahan jumlah
= jumlah + nombor dilaksanakan. Kemudian, mesej yang meminta pengguna
memasukkan nombor berulang.
• Ulangan berhenti apabila ujian syarat nombor bukan 0 menjadi tidak benar.
• Nilai jumlah dipaparkan.
Aktiviti 2.4
Aktiviti
Kumpulan
Menghasilkan pseudokod dan carta alir untuk permainan matematik.
1. Cuba permainan matematik dalam talian daripada goo.gl/o0vr3n.
Penerangan ringkas
Dalam masa 60 saat, setiap jawapan yang dijawab dengan betul diberikan
satu markah. BAB 2
2. Lakukan sumbang saran bersama-sama rakan sekumpulan anda untuk langkah-langkah
menulis pseudokod dan melukis carta alir untuk permainan tersebut.
3. Sediakan satu folio digital untuk langkah-langkah penyelesaian masalah bagi kumpulan
anda dengan menggunakan perisian persembahan. Folio digital perlu menunjukkan
pseudokod dan carta alir sebagai hasil penyelesaian masalah ini.
2.1.2 Mengesan dan membaiki ralat yang terdapat dalam pseudokod dan
2.1.2 Mengesan dan membaiki ralat yang terdapat dalam pseudokod dan
carta alir dalam penyelesaian masalahta alir dalam penyelesaian masalah
car
Sesuatu atur cara ditulis bagi menyelesaikan suatu masalah
Standard Pembelajaran dengan jangkaan output yang tertentu. Kadang kala atur cara
akan memberikan output yang tidak dijangka, berhenti secara
Murid boleh: tiba-tiba ataupun struktur kawalan ulangan berulang tanpa
2.1.2 Mengesan dan berhenti. Apabila perkara-perkara sebegini berlaku, maka atur
membaiki ralat daripada cara dikatakan mempunyai ralat.
pseudokod dan carta
alir dalam penyelesaian Ralat ditakrifkan sebagai kesilapan atau kesalahan dalam
masalah. proses pembangunan atur cara segmen kod. Ralat selalu dikenal
pasti dalam fasa pengujian. Terdapat tiga jenis ralat, iaitu ralat
sintaks, ralat masa larian dan ralat logik.
59

