Page 70 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 70

Ralat sintaks merujuk kepada kesilapan dalam penggunaan
                   IMBAS KEMBALI
                   IMBAS KEMBALI     bahasa pengaturcaraan. Semasa pelaksanaan atur cara, kesilapan
                                     yang menyebabkan ralat sintaks akan dipaparkan dalam bentuk
            Anda boleh merujuk       mesej ralat. Oleh itu, ralat ini seakan-akan kesilapan ejaan atau
            semula Bab 3.1.3 dalam
            buku teks Asas Sains     tatabahasa dalam bahasa manusia.
            Komputer Tingkatan 1         Ralat masa larian merujuk kepada kesilapan yang akan
            untuk mengetahui lebih   menyebabkan atur cara terhenti secara tiba-tiba tanpa diduga
            lanjut tentang teknik
            mengesan ralat dalam     semasa jalanan ujian (test run). Ralat masa larian boleh juga
            pseudokod dan carta alir.  disebabkan oleh perkakasan komputer seperti memori yang
                                     tidak mencukupi. Selain itu, virus  komputer dan perisian hasad
                                     juga boleh menyebabkan ralat masa larian. Virus dan perisian
                                     hasad akan mengubah  settings pada komputer dan ini akan
                                     menyebabkan ralat masa larian.
                                         Ralat logik merujuk kepada kesilapan yang menyebabkan
                    AKSES WEB        atur  cara  memberi  output  yang  tidak  dijangka  dan  ini  sering
                                     kali berlaku semasa pembangunan algoritma. Ini termasuk
            Layari laman sesawang    kesalahan urutan sesuatu tindakan atau syarat ditulis salah.
            ini untuk mendapatkan    Kecuaian ialah faktor utama kepada ralat logik. Lazimnya, ralat
            maklumat lanjut tentang   logik yang wujud dalam atur cara sukar untuk dikesan kerana
            jenis-jenis ralat.       tiada paparan mesej ralat.
                                         Pengesanan ralat logik dapat dilakukan dengan menggunakan
                                     dua teknik, iaitu teknik semakan meja (desk check) dan teknik
                                     langkah demi langkah (step through). Kedua-dua teknik ini
                                     ialah teknik manual yang digunakan oleh pengatur cara untuk
                goo.gl/l1OhXy
   BAB 2
                                     menyemak logik setiap langkah dalam pseudokod atau carta
                                     alir. Satu set sampel data input akan digunakan dan output yang
                                     dijana  akan  disemak.  Teknik  manual  ini  dijalankan  dengan
                                     menggunakan beberapa helai kertas dan pensel sahaja.




                                                    RALAT


                      Ralat sintaks            Ralat masa larian           Ralat logik

                  1.  Kesilapan bahasa       1.  Atur cara terhenti    1.  Output yang tidak
                      pengaturcaraan.            tiba-tiba.               diingini.
                  2.  Ada paparan mesej      2.  Disebabkan            2.  Kesilapan semasa
                      ralat.                     memori yang tidak        pembinaan
                                                 mencukupi.               algoritma.
                                             3.  Disebabkan            3.  Sebab utama ialah
                                                 jangkitan virus atau     kecuaian manusia.
                                                 perisian hasad.       4.  Tiada paparan
                                                                          mesej ralat.


                                           Rajah 2.17  Tiga jenis ralat

         60
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75