Page 55 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 55

Kriptografi dalam Keselamatan Data  2.1



                                   2.3


              Proses Penyulitan dan Nyahsulit                                         Kaedah
                                                                                      Table Talkers
              1.  Guru memberikan satu mesej kepada setiap kumpulan seperti berikut.


                                  “SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN”


              2.  Guru memegang empat keping kad yang bertulis kaedah sifer yang perlu
                 dipilih oleh setiap kumpulan seperti berikut. Setiap kumpulan perlu memilih
                 sekeping kad sahaja.


                                   Pigpen Cipher              Columnar Transposition




                                   Reverse cipher                 Caesar Cipher


              3.  Setiap kumpulan melakukan penyulitan terhadap teks yang diberikan.

              4.  Setelah mesej disulitkan, setiap kumpulan perlu menukar mesej sulit masing-masing
                 dengan kumpulan lain.

              5.  Setiap kumpulan perlu melakukan nyahsulit teks sifer kumpulan lain dan catatkan
                 langkah-langkah nyahsulit yang dilakukan. Bincangkan bersama-sama ahli kumpulan.






               2.1.4   Membanding Kaedah Sifer
                                                                                Pembelajaran
             Sebelum seorang pengirim menghantar sesuatu mesej sulit,       Murid boleh:
             pengirim  perlu mempertimbangkan kekuatan  dan kelemahan       2.1.4   Membanding beza
             kaedah sifer yang dipilih. Tujuannya adalah untuk memastikan        kaedah sifer yang
             mesej  sulit  yang  dihantar  oleh  pengirim  selamat,  iaitu  tidak   telah dipelajari.
             mudah diceroboh dan mesej sulit tersebut boleh dinyahsulit oleh
             penerima. Dalam subtopik sebelum ini, anda telah mempelajari
             tiga jenis kaedah sifer, iaitu Reverse cipher, Substitution cipher dan
             Transposition cipher.










                                                                                                 45
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60