Page 58 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 58
2.4
Perbandingan Kaedah Sifer Kaedah
Hot Seat
1. Guru akan memberikan dua keping kad yang tertulis kaedah sifer untuk setiap
kumpulan.
2. Bersama-sama ahli kumpulan, bincangkan tentang kekuatan dan kelemahan
kedua-dua kaedah sifer tersebut.
3. Seorang ahli kumpulan dipilih menjadi “pakar” bagi kumpulan masing-masing.
4. Setiap “pakar” akan duduk di atas kerusi yang disediakan, iaitu hot seat.
5. “Pakar” perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid-murid.
6. “Pakar” daripada setiap kumpulan lain mengambil giliran untuk duduk di hot seat dan
menjawab pertanyaan yang diajukan.
2.1.5 Pemilihan Kaedah Sifer Terbaik
Pembelajaran
Murid boleh: Pemilihan penggunaan kaedah sifer untuk penyulitan sesuatu
2.1.5 Memilih kaedah mesej adalah bergantung kepada situasi. Pengirim boleh memilih
sifer terbaik yang kaedah sifer yang hendak digunakan mengikut tahap kerahsiaan
telah dipelajari sesuatu mesej.
berdasarkan situasi
yang telah diberikan. Jika sesuatu mesej itu kurang penting atau tahap kerahsiaannya
rendah, kaedah Reverse cipher atau Pigpen Cipher boleh digunakan.
Kedua-dua kaedah sifer ini mudah digunakan untuk menyulit
atau menyahsulit mesej.
Bagi mesej yang dikategorikan sebagai tahap kerahsiaan
sederhana dan tinggi, kaedah cipher yang sesuai ialah Caesar
Cipher, Rail Fence Cipher dan Columnar Transposition kerana
Peranan sifer dalam kaedah-kaedah sifer ini memerlukan kunci untuk menyulit dan
keselamatan data menyahsulit mesej.
Contoh 2.7, 2.8 dan 2.9 menerangkan pemilihan situasi
yang menggunakan kaedah sifer yang sesuai bagi menyulit dan
menyahsulit mesej mengikut tahap kerahsiaan mesej.
goo.gl/xRK5jd
48

