Page 60 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 60

2.9   Pemilihan kaedah sifer untuk mesej yang mempunyai kerahsiaan tinggi.

           Seorang pegawai di cawangan sebuah bank ingin menghantar maklumat kepada pegawai
           bank induk mengenai status pendapatan suku tahunan. Maklumat ini diklasifikasikan
           sebagai terlalu sulit. Oleh itu, pegawai cawangan mengambil keputusan untuk melakukan
           penyulitan maklumat tersebut sebelum disampaikan kepada pegawai bank induk.
           Penentuan tahap kerahsiaan:

             1.  Mesej yang perlu disulitkan ialah status pendapatan suku tahunan bank. Tahap
                 kerahsiaan adalah tinggi.
             2.  Masa yang diperlukan untuk menyulit dan menyahsulit adalah lama kerana
                 maklumat tersebut amat penting.

           Kaedah  yang  paling  sesuai  digunakan  ialah  kaedah  sifer  yang  mempunyai  kunci,  seperti
           Columnar Transposition yang rumit untuk dinyahsulit. Kaedah Caesar Cipher dan Rail Fence
           Cipher juga boleh digunakan.


               Berdasarkan ketiga-tiga situasi dalam Contoh 2.7, 2.8 dan 2.9, pengirim perlu memilih
           kaedah yang mempunyai kunci bagi maklumat yang diklasifikasikan sebagai tahap sederhana
           dan tinggi.  Hal ini demikian  kerana, kaedah  sifer yang mempunyai kunci  lebih selamat
           serta sukar diceroboh oleh pihak lain selain sukar untuk dinyahsulit melainkan dengan
           penggunaan kunci.


                                 2.5



            Pemilihan Kaedah Sifer Terbaik                                          Kaedah
                                                                                    Brainstorming
            1.  Kaji pernyataan masalah berikut.

                  Puan  Aminah ialah seorang guru di sebuah sekolah menengah. Beliau telah
                  ditugaskan untuk menyenaraikan dan menyimpan semua kata laluan yang telah
                  ditetapkan untuk perkakasan wifi di seluruh kawasan sekolah tersebut di dalam
                  satu fail. Senarai kata laluan ini akan menjadi rujukan jika diperlukan. Maka,
                  Puan Aminah telah mengambil keputusan untuk menyimpan semua kata laluan
                  tersebut dalam bentuk teks sifer bagi menjamin keselamatan maklumat.

            2.  Lakukan aktiviti sumbang saran untuk mendapatkan kaedah sifer yang sesuai
                bagi tahap kerahsiaan mesej pernyataan masalah di atas. Seorang murid dipilih
                sebagai pencatat.
            3.  Berdasarkan hasil sumbang saran yang diperoleh, bincangkan bersama-sama rakan
                anda bagi memilih kaedah sifer yang paling sesuai untuk digunakan.
            4.  Berikan justifikasi terhadap kaedah sifer yang dipilih.


          50
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65