Page 61 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 61
Kriptografi dalam Keselamatan Data 2.1
2.1.6 Kaedah Sifer dalam Penyelesaian Pembelajaran
Masalah
Murid boleh:
Dalam dunia yang serba moden ini, manusia sangat bergantung 2.1.6 Menghasilkan
kepada pelbagai kemudahan sedia ada seperti Internet, rangkaian kaedah sifer bagi
komputer, pangkalan data, telefon pintar, kad debit, kad kredit menyelesaikan
dan sebagainya. Kemudahan seperti ini kadangkala memberikan masalah dalam
peluang kepada pihak lain untuk menceroboh maklumat yang kehidupan seharian.
terkandung seperti kata laluan e-mel, nombor pin kad debit,
maklumat peribadi, rahsia syarikat dan sebagainya. Salah
satu cara untuk melindungi maklumat-maklumat penting ini
daripada digodam adalah dengan menggunakan kaedah sifer.
Peggunaan kaedah sifer yang kompleks akan menyukarkan
pihak lain menceroboh maklumat yang ingin dilindungi. Walau
bagaimanapun, kaedah sifer hanya salah satu daripada kaedah Penyulitan
keselamatan siber (cyber security) yang digunakan untuk menjaga menggunakan emoji
keselamatan data dan sistem komputer.
Setiap individu boleh menghasilkan kaedah sifer mereka
yang unik untuk kegunaan sendiri mengikut keperluan. Dalam
proses penghasilan kaedah sifer yang baharu, dua perkara goo.gl/rSsWyr
perlu dititikberatkan, iaitu kelebihan dan kelemahan sifer yang
akan dibangunkan. Sebagai contoh, dalam Rail Fence Cipher,
rahsia kepada sifer ini ialah membina satu jadual berdasarkan
satu nombor yang disebut sebagai kunci. Sekiranya rahsia Rail
Fence Cipher terbocor, maka maklumat dapat dinyahsulitkan
dengan mudah.
2.10 Penghasilan kaedah sifer yang baharu.
Safri, selaku Pengerusi Kelab Komputer pada tahun ini telah
diminta untuk mencadangkan nama pengganti yang berpotensi
menjawat jawatan pengerusi kelab tersebut bagi tahun hadapan.
Dalam proses menamakan calon-calon yang sesuai, beliau
harus memastikan bahawa maklumat ini adalah sulit sehingga
disampaikan kepada guru penasihat kelab. Bagi memastikan
maklumat sulit ini tidak diceroboh, Safri telah mencipta satu
kaedah sifer baharu yang berjenis Substitution cipher.
51

