Page 63 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 63

Kriptografi dalam Keselamatan Data  2.1



               Langkah 2

             Setiap abjad (A – Z) diwakili dengan simbol daripada Jadual 2.4. Simbol-simbol bagi empat
             abjad pertama (A – D) dibentuk dengan menggabungkan simbol 1 dan 2 dari baris pertama,
             iaitu k = 2. Abjad A diwakili dengan melukiskan simbol 1 ke dalam kotak simbol 2. Abjad B
             diwakili dengan melukiskan simbol 1 yang dipusing 90° mengikut arah jam ke dalam kotak
             simbol 2. Abjad C diwakili dengan melukiskan simbol 1 yang dipusing 180° mengikut arah
             jam ke dalam kotak simbol 2. Abjad D diwakili dengan melukiskan simbol 1 yang dipusing
             270° mengikut arah jam ke dalam kotak simbol 2. Jadual 2.6 menunjukkan hasil lukisan
             yang akan diperoleh.
                                                    Jadual 2.6

                                A           B            C           D



                Bagi 4 abjad yang seterusnya (E – H), ulangi proses yang sama dengan menggunakan
             simbol 1 dan simbol 2 bagi k = 3. Langkah ini diulangi sehingga semua simbol daripada
             semua kunci (1 – 6) habis digunakan. Anda akan mendapati bahawa hanya abjad Y dan
             Z yang belum diwakili dengan simbol. Abjad Y akan diwakili oleh simbol 1 dari k = 2.
             Manakala abjad Z akan diwakili oleh simbol 2 sahaja. Jadual 2.7 menunjukkan abjad dan
             perwakilan simbol yang berpadanan.
                                                    Jadual 2.7

              A           B           C           D            E           F           G







              H           I           J           K            L           M           N







              O           P           Q           R            S           T           U







              V           W           X           Y            Z








                                                                                                 53
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68