Page 91 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 91
Pembangunan Algoritma 3.1
3.5 Aktiviti Berpasangan
Permainan Meneka Nombor
1. Pilih satu nombor daripada 1 hingga 100 dan tuliskan di atas sehelai kertas. Jangan
dedahkan kepada rakan anda.
2. Minta rakan anda meneka nombor yang anda tulis menggunakan linear search.
3. Catatkan bilangan tekaan rakan anda setelah nombor sebenar berjaya diteka.
4. Sekarang, rakan anda pula menulis satu nombor di atas sehelai kertas dan anda akan
meneka nombor tersebut menggunakan binary search.
5. Catatkan bilangan tekaan anda setelah nombor sebenar berjaya diteka.
6. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat terhadap kedua-dua carian yang digunakan?
3.1.3(i) Menulis Pseudokod dan Melukis Carta Pembelajaran
Alir bagi Bubble Sort
Murid boleh:
Sort merupakan satu tugas (task) yang sering digunakan untuk 3.1.3 Menulis pseudokod
menyelesaikan masalah sama ada dalam pengaturcaraan atau dan melukis carta alir
dalam kehidupan seharian. Sort dalam bidang pengkomputeran yang menunjukkan:
merujuk kepada penyusunan data seperti nama, nombor, rekod (i) bubble sort
dan fail dalam tertib tertentu. Data yang telah diisih menjadikan
carian lebih cekap, percantuman lebih efisien dan memudahkan
pemprosesan data dalam tertib yang dikehendaki. Dalam set
data yang besar, adalah lebih efisien untuk menghapuskan
atau mencantumkan data duplikasi. Apabila data telah diisih,
pengesanan data yang berulang lebih mudah untuk dihapuskan
atau dicantumkan. Algoritma dalam
bubble sort
Bubble sort boleh diaplikasikan dalam pelbagai jenis situasi
seperti menyenaraikan markah-markah yang diperoleh murid
mengikut urutan menaik atau menurun. Sebagai contoh,
markah murid yang paling tinggi akan sentiasa bergerak menuju
ke permulaan senarai diikuti dengan markah kedua tertinggi dan goo.gl/5xjBAH
seterusnya. Selain itu, bubble sort juga boleh digunakan untuk
mengisih umur peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam
acara larian amal supaya peserta-peserta boleh dikategorikan
mengikut peringkat seperti peringkat remaja, belia dan warga emas.
81

