Page 90 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 90

Simbol                                   Penerangan

               1     Senarai L diumpukkan dengan nilai-nilai [A, B, C, hingga Z].

                     Pemboleh ubah i diumpukkan dengan nilai 0, iaitu kedudukan item pertama dalam
                     senarai.
               2     Pemboleh ubah n diumpukkan dengan nilai 26 yang mewakili bilangan item dalam
                     senarai.
                     Pemboleh ubah j diumpukkan dengan nilai (n – 1).

               3     Pengguna perlu memasukkan satu item carian, iaitu b.

                     Selagi i kurang daripada j, indeks pertengahan m ditentukan dengan menggunakan
               4
                     formula m = (i + j)/2.
                     Jika b == L , mesej “Item ada dalam senarai” akan dipaparkan dan carian akan
               5               m
                     dihentikan.
                     Jika b < L , kedudukan item terakhir dalam senarai akan dikira semula, iaitu j = m – 1.
                             m
                     Jika b > L , kedudukan item pertama dalam senarai akan dikira semula, iaitu i = m + 1.
               6             m
                     Proses ini akan berulang sehingga item carian dijumpai atau sehingga semua item dalam
                     senarai telah disemak.








                                 3.4


             Menghasilkan Pseudokod dan Carta Alir                            Kaedah Pembentangan
                                                                              Hasil Sendiri
             1.  Perhatikan maklumat berikut.


                Senarai nombor:    10       20       30       40      50       60       70


                Item carian:   30


                Kaedah carian: Binary search

             2.  Berdasarkan maklumat di atas, lakukan perbincangan bersama-sama ahli kumpulan
                anda untuk menghasilkan langkah-langkah bagi mencari nilai 30 dalam senarai di atas.
             3.  Tuliskan pesudokod dan lukiskan carta alir yang dihasilkan pada sehelai kertas.
             4.  Setiap  kumpulan  perlu  memilih  seorang  wakil  untuk  membentangkan  hasil  kerja
                kumpulan di hadapan kelas.




          80
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95