Page 186 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 186

UNIT

                       2
















                              Standard Pembelajaran



                        Memahami fungsi dan kepentingan makronutrien iaitu
                        karbohidrat, protein serta lemak.



                        Memahami fungsi dan kepentingan mikronutrien iaitu
                        mineral serta vitamin.


                        Menganalisis pemakanan yang sesuai berdasarkan
                        makronutrien dan mikronutrien untuk menangani obesiti
                        serta kurang berat badan.


                        Menilai kepentingan pengambilan makronutrien dan
                        mikronutrien mengikut keperluan.


                 Pengambilan makanan sihat dan selamat berdasarkan makronutrien dan mikronutrien
                 mengikut keperluan adalah amat penting. Selain itu, pemakanan sihat dan selamat dapat
                 menangani obesiti  dan mengurangkan berat badan.Tubuh badan memerlukan nutrien
                 untuk pelbagai fungsi, seperti:
                   •  Tumbesaran dan perkembangan badan.
                   •  Keseimbangan sel dan tisu, pembekal tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal.
                 Nutrien  yang seimbang  serta  lengkap  melalui  amalan pemakanan sihat dan selamat
                 membantu membina tubuh badan yang sihat. Nutrien terbahagi kepada dua jenis, iaitu
                 makronutrien  dan mikronutrien. Makronutrien terdiri daripada karbohidrat,  protein
                 serta  lemak. Peranan utamanya adalah  untuk membekalkan tenaga  dalam kuantiti
                 yang banyak.
                     Mikronutrien pula terdiri daripada mineral serta vitamin. Peranannya adalah untuk
                 mengawal fungsi tubuh badan.



                178
   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191