Page 189 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 189

Oh, My Diet!


                  Diet ini disediakan berdasarkan makronutrien dan mikronutrien untuk murid
                  yang mengalami obesiti dan kurang berat badan.

                   Sarapan                                      Minum Pagi
                   6:30 pagi - 8:30 pagi                        10:00 pagi - 10:30 pagi

                      •   Susu atau milo                           •   Roti dengan mentega / keju
                      •   Emping jagung                            •   Telur dadar / kacang merah
                                                                   •   Soya
                  Sarapan  pagi amat penting. Ia  perlu diambil
                  untuk membantu menambah dan membekalkan       Minum pagi  disarankan  mengambil snek
                  tenaga sebelum memulakan rutin harian. Murid   ringan. Pemilihan snek yang sihat terdiri
                  perlu  mengambil sarapan pagi bagi membantu   daripada makanan  yang rendah kalori tetapi
                  proses pembelajaran di dalam kelas.           tinggi kandungan nutrien.



                   Makan Tengah Hari                            Minum Petang
                   12:00 tengah hari - 2:00 petang              4:00 petang - 5:30 petang
                      •   Nasi / roti                              •   Susu / sirap bandung
                      •   Ikan / ayam / keju / tauhu               •   Campuran kacang (30 g)
                      •   Salad / kentang/ sayur                   •   Roti bakar dengan madu
                      •   Buah-buahan tinggi kalori                •   Keju / kentang
                          seperti pisang, mangga,                  •   Roti / gandum
                          kurma dan jambu batu                     •   Buah hijau
                  Makan tengah hari membantu membekalkan       Amalkan  pengambilan makanan  yang rendah
                  tenaga, kerana kita memerlukan tenaga yang   lemak dan elakkan minum kopi dan minuman
                  banyak  untuk  melakukan  aktiviti  harian.   tenaga.
                  Elakkan  pengambilan makanan yang tinggi
                  lemak, gula dan garam.                             Nadi Ilmu
                    Makan Malam                                                                                 Pemakanan
                    6:00 petang - 8:30 malam                  Makronutrien terdiri daripada karbohidrat,  protein
                                                              serta lemak.  Peranan utamanya adalah untuk
                      •   Nasi / pasta / mi/ bijirin          membekalkan  tenaga dalam kuantiti yang banyak.
                                                              Murid-murid dapat melakukan aktiviti-aktiviti fizikal
                      •   Keju / ikan / ayam                  harian dengan cergas.
                      •   Jeli atau ais krim                                                                    2
                      •   Buah-buahan tinggi kalori seperti   Mikronutrien pula terdiri daripada mineral serta
                          pisang, mangga, kurma dan           vitamin. Peranannya adalah untuk mengawal fungsi
                          jambu batu                          tubuh badan. Badan kita memerlukan mikronutrien
                      •   Sayur-sayuran                       dalam kadar yang sedikit.
                  Makan malam perlu seimbang dan              Kurang berat badan adalah keadaan yang berpunca
                  mengandungi protein, karbohidrat kompleks   daripada  kekurangan  zat  makanan  seperti  vitamin,
                  dan lemak tidak tepu.                       mineral, protein, karbohidrat, lemak dan serat dalam
                                                              pemakanan seseorang individu. Kurang berat badan
                                                              merujuk kepada seseorang yang mempunyai berat
                                                              badan yang kurang daripada sepatutnya berdasarkan
                                                              umur, berat dan ketinggian.



                  9.1.3, 9.1.4                                                                         181
   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194