Page 30 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 30

3.1  BOLA SEPAK





                              Standard Kandungan




                        Melakukan kemahiran asas bola sepak dengan lakuan
                        yang betul.


                        Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip
                        mekanik dalam kemahiran asas bola sepak.


                        Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan
                        dan keselamatan.



                        Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri
                        semasa melakukan aktiviti fizikal.



                        Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan
                        semasa melakukan aktiviti fizikal.



                        Mengaplikasi etika dalam sukan semasa melakukan
                        aktiviti fizikal.






                 Bola sepak  merupakan sejenis  permainan yang  dimainkan  oleh  dua  pasukan yang
                 mengandungi 11 orang pemain bagi setiap pasukan. Tujuan permainan ini adalah untuk
                 memasukkan bola ke dalam gawang lawan (menjaring gol). Satu perlawanan biasanya
                 dibahagikan kepada dua separuh masa, iaitu separuh masa pertama dan separuh masa
                 kedua. Peruntukan bagi setiap  separuh  masa ialah sebanyak 45 minit.  Pasukan  yang
                 menjaringkan bilangan gol yang paling banyak ialah pemenang. Jika tidak ada gol yang
                 dijaringkan ataupun bilangan gol yang dijaring oleh kedua-dua pasukan adalah sama,
                 keputusan permainan tersebut adalah seri. Permainan bola sepak merupakan permainan
                 yang paling popular di dunia. Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menguruskan
                 permainan bola sepak peringkat antarabangsa. FIFA juga menganjurkan pertandingan
                 Piala Dunia untuk lelaki dan perempuan empat tahun sekali. Di Malaysia, badan induk
                 yang menguruskan permainan bola sepak ialah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


                22
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35