Page 32 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 32

Serang Pin



                 Dalam permainan bola sepak, bola boleh dihantar kepada rakan dengan pelbagai
                 cara. Salah satu caranya ialah hantaran leret. Hantaran leret biasanya digunakan
                 untuk menghantar bola  kepada  rakan  yang  berada  pada  jarak yang  dekat.
                 Hantaran jenis ini dapat menghantar bola kepada rakan dengan pantas dan tepat.
                 Rakan yang menerima bola perlu menyerkap bola dan bertindak dengan pantas
                 untuk mengelak bola daripada dirampas oleh pihak lawan. Tingkatkan kemahiran
                 menghantar bola secara leret dan menyerkap bola melalui permainan serang pin
                 di bawah.





                        Cara                                                                 Saya perlu
                        Bermain                           Bahagian kaki                    gerak ke ruang
                                                         yang manakah                        yang sesuai
                                                          sesuai untuk                      untuk rakan
                                                           membuat
                 • Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.  hantaran leret?                menghantar
                                                                                               bola.
                 • Letakkan sebuah gelung dan sebuah kon
                        Cara
                  sebagai pin di tengah kawasan bermain
                        Bermain
                  setiap kumpulan.
                 • Seorang murid dipilih sebagai Penjaga Pin.
                  Penjaga Pin memastikan bahawa bola tidak
          Kategori Serangan
                  terkena pada pin. Penjaga Pin tidak boleh
                  masuk ke dalam kawasan gelung.
                        Cara
         3
                 • Murid lain berada dalam kawasan yang
                        Bermain
                  ditetapkan. Mereka perlu menghantar bola
                  secara  hantaran  leret  sesama  sendiri  dan
                  cuba mencari peluang untuk menendang
                  bola bagi menjatuhkan pin.
                        Cara
                        Bermain                                                                 Saya mesti
                                                                                                 berada di
                                                                                               belakang bola
                                                                                               dan menyerap
                                                                                                daya semasa
                                                                                              menyerkap bola.
                        Cara
                        Bermain



                                 Celik Siber

                        Cara    Layari laman sesawang untuk menonton video berkaitan hantaran
                        Bermain leret dan cara menyerkap bola leret.





                        Cara
                        Bermain

                24
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37