Page 37 - MODUL PBL SAINS TAHUN 5
P. 37
2.2 Bina 5 rantai makanan daripada setiap habitat.
(Catat dalam buku latihan sebagai rujukan.)
2.3 Cari gambar-gambar daripada dua habitat yang anda
tentukan sendiri daripada tiga habitat.
2.4 Lipat kertas A4 kepada 2 bahagian supaya ia menjadi asas
Pamflet. Hasilkan pamflet tentang hidupan di dua
Habitat serta 5 rantai makanan bagi setiap habitat.
2.5 Anda boleh lekatkan gambar-gambar pengeluar diikuti
dengan pengguna pertama, kedua dan ketiga bagi
membentuk rantai makanan. Lukis dan warnakan anak
panah sebagai simbol ‘dimakan oleh.’
2.6 Hiaskan pamflet tersebut mengikut kreativiti sendiri.
2.7 Hantar hasil projek anda kepada guru.
Nota: Anda boleh merakam video tentang cara-cara anda
menghasilkan pamphlet tersebut dan kongsikan kepada
rakan-rakan lain sebagai panduan mereka.
3.0 Hasilkan sebuah video pembentangan tentang hubungan
makanan antara hidupan dari aspek perpindahan tenaga.
3.1 Sila baca nota dalam buku teks Sains Tahun 5 muka surat
79 hingga 81.
3.2 Sila fahami bahawa rantai makanan juga menunjukkan
hubungan makanan antara hidupan dari asppek
perpindahan tenaga.
3.3 Catat 5 contoh yang menunjukkan perpindahan tenaga
dalam rantai makanan dihabitat sawah padi ( rujuk buku
teks muka surat 80 – 81).
3
3.4 Cari gambar-gambar berkaitan untuk digunakan dalam
pembentangan anda.
3.5 Rakam video berdurasi 3 minit ke 5 minit yang menunjukkan
pemerhatian anda terhadap hubungan makanan antara
hidupan dari aspek perpindahan tenaga. Anda boleh
menggunakan gambar, kata kunci dan seumpamanya
untuk menjelaskan pemerhatian anda.
3.6 Hantar video pembentangan anda kepada guru untuk
tujuan pentaksiran. Anda boleh kongsikan video ini kepada
rakan-rakan lain sebagai rujukan mereka.
E. JADUAL PELAKSANAAN
Minggu Aktiviti Yang Dilaksanakan
1 Gambar Digital dan Pamflet Rantai Makanan
2 Video Pembentangan
F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Gambar Digital
Pamflet Rantai Makanan
Instrumen Pentaksiran
Video Pembentangan
Senarai semak
31

