Page 195 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 195

Kata Tugas
                                                   Sinar Kebahagiaan
                  Tatkala  semua  insan  masih  diulit  mimpi,  Wiratnom,  telah  bangun  daripada
                  tidurnya. Isteri Wiratnom yang cantik bak bidadari menyediakan bekalan untuk
                  suaminya yang tercinta.






















                       “Aduhai,  malangnya  nasibku  hari  ini!”  Tiba-tiba,  Wiratnom  mengeluh
                  kerana  tangkapannya  semakin  berkurangan.  Wiratnom  duduk  menyepi
                  sambil mengharapkan banyak ikan tersangkut pada pukatnya.
                       Pada  suatu  hari,  pegawai  Lembaga  Kemajuan  Ikan  Malaysia  (LKIM)
                  telah  datang  ke  rumah  Wiratnom.  Mereka  mendapat  maklumat  daripada
                  ketua  kampung.  LKIM  telah  menyampaikan  sumbangan  berupa  enjin  bot,
                  bot gentian kaca dan jaket keselamatan.

                                                                                     “Syukurlah,
                                                                                 abang. Kita tidak lagi
                                                                                 kais pagi makan pagi,
                                                                                 kais petang makan
                                                                                 petang,” ujar isteri
                                                                                 Wiratnom.










                               Aktiviti
                                  Bercerita dengan menggunakan pelbagai kata tugas
                                  berdasarkan gambar.


                                  Murid menaakul gambar untuk mendapatkan maklumat.
                 170
                         5.1.7
                                PK: Nilai Murni – Kesyukuran                Ilmu – Reka Bentuk dan Teknologi
                                Strategi P & P: KB – Menjanakan idea        KP – Verbal-linguistik
   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200