Page 38 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 38

Menulis


                                                 Selamat Tinggal Stres

                    Jian Hui berdiri di tepi jendela sekolahnya. Fikirannya kusut memikirkan pelbagai
                    masalah. Dia terlalu bimbang lalu bersendirian.
                        Jian Hui berasa takut jika dia gagal dalam peperiksaan. Tentu ibu bapanya
                    akan kecewa kerana dia memusnahkan harapan mereka yang menggunung.
                        Selain itu, Jian Hui juga risau akan tanggungjawab berat yang ditugaskan
                    kepada dirinya. Dia menjadi Ketua Pengawas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
                    Baling. Murid-murid yang degil selalu memeningkan kepalanya.
                        Cikgu Tan Ivy telah memerhatikankan gelagat Jian Hui. Beliau risau akan
                    sikap Jian Hui yang terbeban dengan pelbagai masalah.
                        Cikgu Tan Ivy telah memanggil Jian Hui ke bilik Bimbingan dan Kaunseling.
                    Beliau  menasihati  Jian  Hui  agar  tidak  membebankan  fikiran  dengan
                    tanggungjawab yang diamanahkan. Jian Hui diminta oleh Cikgu Tan Ivy supaya
                    melakukan latihan pernafasan bersama-sama dengannya.
                        “Mula-mula,  berdiri  dan  jarakkan  kaki  serta  longlaikan  tangan  kamu.
                    Selepas itu, pejamkan mata dan tundukkan kepala. Seterusnya, tarik nafas
                    perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya sebanyak 10 kali. Kamu
                    mesti membayangkan masalah yang dihadapi  selesai pada setiap hembusan
                    nafas itu. Ulangi langkah itu sebanyak lima kali. Selepas itu, buka mata kamu
                    perlahan-lahan.”
                        Latihan  pernafasan  ini  dapat  meningkatkan  pertukaran  oksigen  dan
                    karbon dioksida dalam sel badan bagi melegakan keresahan. Sejak hari itu,
                    Jian  Hui  selalu  mengamalkannya.  Kini,  Jian  Hui  tidak  berasa  tertekan  lagi.
                    Terima kasih, cikgu.
                                                                      Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

                   Jawab soalan dan pernyataan.

                    1.  Mengapakah Jian Hui berasa resah?
                    2.  Mengapakah Jian Hui berjumpa dengan guru Bimbingan dan Kaunseling?
                    3.  Bagaimanakah stres dapat diatasi?
                    4.  Jika Jian Hui terus berasa resah, pada pendapat kamu, apakah yang
                       akan berlaku kepadanya?
                    5.  Buat ulasan tentang kesan daripada latihan pernafasan itu.


                           Aktiviti
                              Menulis jawapan pemahaman secara kritis dan kreatif.



                              Murid membina dan menulis jawapan pemahaman.
                                                                                                          29
                     3.3.3
                            PK: Nilai Murni – Bertindak bijak     Ilmu – Pendidikan Kesihatan
                            Strategi P & P: KB – Mensintesis      BCB – Bacaan luncuran
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43