Page 37 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 37

Membaca




                                                      Dilema Amar



                  Amar  seorang  murid  yang  pintar  dan  aktif  di  Sekolah  Kebangsaan  Taman
                  Kencana.  Oleh  itu,  Amar  menjadi  murid  contoh  dan  idola  dalam  kalangan
                  kawannya. Tidak hairanlah namanya sentiasa meniti di bibir guru dan murid
                  di sekolah itu.
                       Pada awal tahun, Amar telah dipilih menjadi ketua platun pasukan kawad
                  kaki. Dia menjalani latihan kawad kaki bersama-sama dengan kawannya setiap
                  petang Rabu. Kedengaran suaranya memecah kesunyian petang apabila dia
                  memberikan arahan kepada peserta kawad kaki.
                       Selain itu, Amar juga pemain bola sepak sekolah. Dia dan kawannya berlatih
                  dengan bimbingan Cikgu Syafik. Kehebatan Amar mengawal dan menggelecek
                  bola serta ketenangannya semasa bermain persis legenda bola sepak negara,
                  iaitu Mokhtar Dahari. Lantaran itu, dia menjadi ayam tambatan pasukannya
                  dan dipilih sebagai ketua pasukan.
                       Pada  suatu  pagi,  Amar  bertembung  dengan  Guru  Penolong  Kanan
                  Kokurikulum di muka pintu pagar sekolah. Amar telah diminta oleh Guru Penolong
                  Kanan Kokurikulum ke biliknya.
                       “Amar,  tarikh  pertandingan  kawad  kaki  peringkat  daerah  telah  dipinda.
                  Tarikh baharunya sama dengan tarikh perlawanan bola sepak. Kamu haruslah
                  memilih sama ada mahu bermain bola sepak atau menyertai kawad kaki,” kata
                  Guru Penolong Kanan Kokurikulum itu. Kata-kata itu masih terngiang-ngiang
                  dalam fikirannya dan menyebabkan Amar dalam dilema.
                       Dia buntu untuk membuat pilihan dan fikirannya berkecamuk. Dia sering
                  termenung memikirkan perasaan Cikgu Syafik dan jurulatih kawad kaki jika dia
                  menolak satu daripadanya. Selain itu, dia menaruh harapan untuk menjuarai
                  pertandingan bola sepak dan kawad kaki.
                       “Aduhai,  permainan  apakah  yang  harus  aku  pilih?  Kepada  siapakah
                  aku  mesti  meluahkan  masalah  ini?  Kawan,  ayah  atau  guru  bimbingan  dan
                  kaunseling?” bisik hati Amar.


                         Jika kamu sebagai Amar‚ apakah tindakan kamu? Mengapa?

                              Aktiviti
                                 Membuat keputusan dengan memberikan alasan
                                 berdasarkan teks.
                                 berdasarkan teks.
                                  Murid membaca teks dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat.
                 28
                         2.4.3
                                PK: Nilai Murni – Rasional                  Ilmu – Kokurikulum
                                Strategi P & P: KB – Menilai                Pembelajaran Kontekstual
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42