Page 41 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 41

Pemulihan


                  Nyatakan perasaan berdasarkan grafik pada peta buih.



                                                                                            yakin

                                                                                           gembira


                                                                                            tenang

                                                                                            berani


                                                                         berani           puas hati



                  Pengayaan


                  Baca petikan‚ kemudian buat ulasan.

                  Pada  hari  Sabtu  yang  lalu,  Ramli  telah  menghadiri  ceramah  bertajuk
                  “Gangguan Emosi dan Mental” di sekolahnya. Penceramah pada hari itu ialah
                  guru Bimbingan dan Kaunseling sekolahnya, iaitu Cikgu Thewa Rajoo.
                       Dalam ceramah itu, Cikgu Thewa Rajoo telah memberikan beberapa sebab
                  emosi murid-murid terganggu. Antaranya termasuklah bilik dan tempat murid
                  belajar. Bilik yang kemas dan selesa amat penting agar murid berasa tenang
                  dari segi fikiran dan emosi.
                       Seterusnya, murid jarang menerima penghargaan apabila memperoleh
                  sesuatu kejayaan. Akibatnya, emosi murid yang tidak mendapat penghargaan
                  akan terganggu kerana murid akan berasa pengorbanannya sia-sia.
                       Punca seterusnya ialah murid terlalu ingin mencapai kejayaan dalam
                  pelajaran. Murid akan berasa kecewa jika gagal. Faktor ini akan menyebabkan
                  kemurungan jika murid itu tidak berjaya.
                       Akhir sekali, Cikgu Thewa Rajoo menayangkan grafik tentang punca emosi
                  murid terganggu pada papan pintar. Beliau meminta murid membuat ulasan
                  tentang ceramahnya.

                  Selepas membuat ulasan, berikan cadangan tentang situasi pembelajaran
                  yang kamu impikan.






                 32
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46