Page 172 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 172

(b) senang dapat kerja dan dapat bantu dalam pekerjaan, (c) boleh dapat ilmu, (d) boleh jadi
               cikgu Bahasa Cina dan (e) boleh belajar di universiti ataupun luar negara.  Hal sedemikian
               berlaku berkemungkinan besar disebabkan kebanyakan sampel kajian ini merupakan murid
               tahap 1 yang masih berusia muda dan kurang pendedahan tentang kepentingan mempelajari
               bahasa kedua.
                       Dapatan kajian  menunjukkan antara  faktor yang menghalang murid mencapai tahap
               penguasaan yang lebih memuaskan adalah daripada pengaruh luar, seperti penjadualan pihak
               sekolah dan dorongan ibu bapa.  Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan murid beranggapan
               dorongan ibu bapa dan penjadualan pihak sekolah sebagai paksaan. Bagi kanak-kanak yang
               berusia muda, sememangnya memerlukan galakan dan dorongan daripada ibu bapa atau pun
               pihak sekolah.  Dalam konteks sosial murid, faktor pengaruh daripada ibu bapa, terutamanya
               rasional  ibu  bapa  dalam  menggalakkan  anak  untuk  mempelajari  bahasa  kedua  merupakan
               faktor pemangkin terhadap motivasi dalaman  seseorang murid (Spolky, 1988).  Oleh itu, kajian
               ini  juga  mencadangkan  kerjasama  antara    ibu  bapa  dengan    pihak  sekolah  (guru)  bagi
               mendedahkan kepentingan mempelajari bahasa kedua kepada murid.  Di samping itu, ibu bapa
               dan guru harus juga berperanan sebagai pendorong untuk membantu anak murid mereka dalam
               menguasai bahasa kedua yang mungkin agak asing bagi mereka pada peringkat permulaan
               pembelajaran.    Ini  penting    kerana  bimbingan  dan  bantuan    daripada  seseorang  yang
               mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu aktiviti  pembelajaran dapat membantu
               anak murid dalam mencapai kemahiran yang di luar kemampuannya (Vygotsky, 1978; 关之英
               , 2012). Melalui usaha ini,  motivasi dalaman murid dapat dipertingkatkan dengan lebih tinggi
               lagi.  Diharapkan  motivasi  luaran  yang  diusahakan  oleh  ibu  bapa  dan  guru  sekolah  dapat
               membantu  murid  dalam  menyemai  minat  belajar  murid  yang  lebih  mendalam  terhadap
               pembelajaran  BCSK.    Dapatan  kajian  ini  adalah  sejajar  dengan  tinjuan  kajian  lepas  yang
               membuktikan bahawa  motivasi merupakan faktor utama yang akan mempengaruhi kejayaan
               murid untuk mempelajari bahasa kedua (Dörnyei, 1998; Engin, 2009; Masgoret & Gardner,
               2003).

                                                     KESIMPULAN

                      Tahap  penguasaan  BCSK  murid  amat  bergantung  pada  sokongan  dan  kerjasama
               daripada  pelbagai  pihak,  termasuk  barisan  pentadbir  sekolah,  kalangan  guru,  ibu  bapa  dan
               murid  sendiri.  Sebagai  mata  pelajaran  elektif  yang  selalu  kurang  mendapat  perhatian  dan
               penekanan, pembelajaran BCSK pasti akan menghadapi pelbagai cabaran. Pada peringkat ini,
               strategi pembelajaran yang berkesan, motivasi diri murid dan peluang pembelajaran bahasa
               merupakan usaha utama yang perlu dilakukan. Isu-isu yang timbul perlu ditangani dengan cepat
               dan secara proaktif.
                       Sekiranya  pihak-pihak  yang  terlibat  menunjukkan  komitmen  yang  tinggi  dan
               memainkan  peranan  masing-masing  untuk  menangani  cabaran  yang  dihadapi  dengan
               bersungguh-sungguh, nescaya pembelajaran BCSK dalam kalangan murid bukan penutur sejati
               dapat  melonjak ke satu tahap yang lebih membanggakan dan lebih tinggi pada masa kelak.
               Untuk  cadangan  kajian  masa  depan,    adalah  dicadangkan  untuk  diperluaskan  kajian  bagi
               meninjau  tahap  penguasaan  murid  BCSK  dari  aspek  kemahiran  membaca  dan  kemahiran
               menulis. Selain itu, kajian lanjutan juga boleh dijalankan terhadap murid dari Tahun 1 sehingga
               Tahun 6 yang dilihat dari  perspektif yang berbeza, sama ada dari aspek pentadbir ataupun guru.
               Dengan ini, tinjauan yang lebih menyeluruh terhadap tahap penguasaan bahasa Cina sebagai
               bahasa kedua di sekolah kebangsaan dapat dibuktikan.







                                                           163
   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177