Page 168 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 168

Jadual 2
               Faktor Minat Murid Mempelajari BCSK

                Tema Minat          Faktor Minat                       Responden           Peratus (%)

                                    Kaedah PdP Guru                         27                 13.8
                                    Kandungan Pembelajaran                  18                 9.2
                Suka                Sikap Guru                              15                 7.7

                                    Belajar Kemahiran berbahasa            104                 53.3
                                    Suka semua aspek di atas                23                 11.8
                                                          Jumlah           187                 95.8
                Tidak Suka                                                  4                  2.1

                Tiada Komen                                                 4                  2.1
                                              Jumlah Keseluruhan           195                 100

                       Jadual 2  menunjukkan majoriti murid suka mengikuti kelas BCSK iaitu seramai 187
               orang murid (95.8%).  Daripada 95.8% tersebut, didapati murid minat mengikuti kelas BCSK
               adalah  disebabkan  oleh  belajar  kemahiran  berbahasa  (53.3%),  kaedah  PdP  Guru  (13.8%),
               kandungan  pembelajaran  (9.2%),  sikap  guru  (7.7%).  Terdapat  11.8%  daripada  187  orang
               tersebut suka mengikuti kelas BCSK. Namun demikian,  masih terdapat empat (4) orang murid
               (2.1%) tidak suka mengikuti kelas BCSK manakala  empat  (4) orang murid (2.1%) lagi tidak
               berupaya memberi sebarang maklum balas.

               Faktor Luaran
                      Dapatan  kajian  berikut  menunjukkan  faktor  luaran  yang  mempengaruhi  murid
               mempelajari mata pelajaran BCSK terdiri daripada buku teks BCSK, pegaruh ibu bapa dan
               kawan-kawan.

               Pengaruh Buku Teks BCSK

                      Dapatan  pada    Rajah  4  dan  Rajah  5  mendapati  seramai    166  orang  murid  (85.1%)
               berminat  terhadap  kandungan  buku  teks  BCSK  manakala    130  orang  murid  (66.7%)  pula
               berpendapat bahawa kandungan buku teks mereka adalah senang untuk dipelajari. Terdapat 17
               orang murid (8.7%) berpendapat kandungan buku teks adalah sukar dipelajari diikuti enam (6)
               orang  murid  (3%)  tidak  berminat  terhadap  kandungan  buku  teks.  Secara  keseluruhannya,
               dapatan kajian  menunjukkan  bahawa kandungan buku teks KSSR (Semakan 2017) BCSK
               yang disediakan adalah sesuai digunakan oleh murid Tahun 1 dan 2 di 20 sekolah kawasan
               bandar dan di luar bandar di seluruh Malaysia.


















                                                           159
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173