Page 87 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 87

membolehkan  guru  berupaya  mengatasi  beberapa  hal  terutama  berkaitan  masalah  untuk
               mendorong penglibatan aktif murid, pengajaran berpusatkan guru, penerapan kemahiran berfikir
               dan penjimatan masa pengajaran. Keupayaan guru menggunakan KOMSAS dan i-Think, akan
               memberi pengaruh besar terhadap kompetensi guru dalam memastikan proses pembelajaran dan
               pemudah  cara  bahasa  Melayu  dalam  bilik  darjah  benar-benar  efektif.  Pengaruh  efikasi  guru
               menggunakan  KOMSAS  dan  i-Think  terhadap  kompetensi  pengajaran  guru,  memberi  makna
               bahawa guru telah berkompetensi dalam merancang, melaksana dan mentaksir pengajaran Bahasa
               Melayu tersebut. Justeru, guru tentunya lebih berupaya dalam menetapkan matlamat pengajaran
               bahasa  Melayu,  melaksanakan  pelbagai  aktiviti  pembelajaran  yang  menyeronokkan  dan
               memastikan  murid  terlibat  aktif  dalam  pengajaran.  Guru  juga  berjaya  membangunkan  pola
               interaksi berkesan antara guru dan murid serta meningkatkan daya fikir kreatif dan kritis murid
               terhadap pelajaran bahasa Melayu.
                      Walau bagaimanapun, kajian ini nampaknya telah memberi implikasi terhadap masalah
               kajian.  Hal  ini  kerana,  masalah  kajian  yang  dikenal  pasti  pengajaran  guru  adalah  bersifat
               konvensional, tidak menyeronokkan, berpusat guru dan kurang menerapkan kemahiran berfikir.
               Masalah  ini  awalnya  didapati  kemungkinan  berpunca  daripada  sikap  guru  terhadap  bahan
               KOMSAS  dan  pendekatan  menggunakan  i-Think.  Namun,  dapatan  kajian  mendapati  bahawa
               keupayaan  guru  menggunakan  KOMSAS  dan  i-Think  adalah  tinggi.  Dalam  hal  ini,  pengkaji
               terpaksa akur bahawa kemungkinan ada faktor lain yang lebih menyokong kompetensi pengajaran
               guru.  Misalnya,  program-program  dan  kursus  yang  menyokong  perkembangan  kepelbagaian
               pendekatan dalam pengajaran guru bahasa Melayu. Aspek pembelajaran dan pemudah cara guru
               juga, nampaknya bukan hanya bahan dan pedagogi sahaja perlu diberi perhatian, tetapi sikap guru
               juga harus diambil kira. Misalnya, sikap humor, mesra, baik, bertanggungjawab, berketerampilan
               menarik  dan  bijak  menarik  minat  belajar  murid.  Malah,  kemahiran  lain  guru  dalam  proses
               pembelajaran dan pemudah cara seperti kepelbagaian teknik menjawab soalan, mungkin lebih
               digemari murid.

                                                       CADANGAN

                      Hasil daripada perbincangan dan implikasi kajian, maka pengkaji ingin mengemukakan
               cadangan-cadangan  penyelesaian  dan  langkah-langkah  ke  arah  mempertingkatkan  lagi  mutu
               pengajaran guru bahasa Melayu agar pencapaian hasil pembelajaran murid lebih bermutu. Antara
               cadangan  tersebut  termasuklah,  guru  hendaklah  membangunkan  KOMSAS  sebagai  bahan
               pengajaran Bahasa Melayu secara holistik. Maksudnya, guru tidak menjadikan KOMSAS sebagai
               bahan pengajaran yang hanya untuk menyampaikan kandungan bahan sastera itu semata-mata,
               tetapi  turut  mengintegrasikan  bahan  sastera  dalam  pengajarannya  dengan  pelbagai  ilmu  dan
               kemahiran  agar  lebih  mengembangkan  potensi  kemahiran  bahasa  dan  berbahasa  pelajarnya.
               Selain itu, guru juga harus membangunkan modul pengajaran bahasa Melayu yang memaparkan
               penggunaan  peta  i-Think  secara  holistik.  Penggunaan  peta  i-Think  ada  kaitan  dengan
               perkembangan penguasaan kemahiran guru terhadap strategi pengajaran menerap KBAT dalam
               pengajaran bahasa Melayu. Selain,  guru dapat  menggalakkan murid  merekod maklumat  yang
               diterima, tetapi juga dapat memastikan penglibatan aktif murid ketika berbincang, berdebat dan
               bertukar  pendapat  dalam  segala  hal  tentang  kandungan  pelajaran.  Sekali  gus,  dapat
               membangunkan  interaksi  guru  dan  murid  selain  memudahkan  penyampaian  dan  penerimaan
               maklumat kandungan pelajaran serta memastikan perkembangan proses pembelajaran murid.



                                                             77
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92