Page 92 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 92

tafsiran pembelajaran sebagai proses yang membawa kepada perubahan tingkah laku pelajar kesan
               daripada  pengalaman  yang  dialaminya.  Perubahan-perubahan  yang  dimaksudkan  termasuklah
               penguasaan  terhadap  maklumat,  fakta,  konsep,  prinsip,  sikap,  amalan,  kemahiran  berfikir,
               kemahiran  melakukan  kerja,  perubahan  tabiat,  dan  tingkah  laku.    Berdasarkan  definisi
               pembelajaran di atas, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran adalah hasil dan perubahan jelas
               yang dapat diperhatikan terhadap sikap, perasaan dan proses intelektual seseorang murid. Oleh
               itu,  kompetensi  pedagogi  guru  dikonsepkan  sebagai  keupayaan  penguasaan  pengetahuan  dan
               kemahiran serta mempunyai sikap positif untuk menterjemah sesuatu pengetahuan kepada satu
               bentuk gambaran baharu supaya murid boleh memahami dengan mudah dan boleh menggunakan
               dalam kehidupan seharian (Sazali Yusoff, et. al., 2007).
                      Dalam  konteks  kajian  ini,  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  (PDPc)  bermaksud  suatu
               proses  perlaksanaan pengajaran oleh  guru sama  ada dalam  atau luar bilik  darjah berdasarkan
               kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Manakala kompetensi
               pedagogi  guru  merujuk  kepada  kecekapan  guru  dalam  melaksanakan  proses  PDPc  yang
               merangkumi  lima  dimensi  iaitu  perlaksanaan  aktiviti  pembelajaran  dan  pemudahcaraan,
               bimbingan, mengintegrasi kemahiran generik dalam pembelajaran dan pemudahcaraan, penilaian
               dan pentaksiran, dan pengurusan bilik darjah. Dimensi-dimensi kompetensi pedagogi ini adalah
               adaptasi daripada Model Standard Guru Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2009) dan
               Standard Kualiti Guru Malaysia 2010 Versi 2013 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010).

                                               PERNYATAAN MASALAH

                      Kecekapan  guru  dalam  melaksanakan  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  (PDPc)  yang
               berkualiti adalah penting untuk memastikan keberkesanannya dalam menyalurkan pengetahuan
               dan kemahiran kepada murid-murid. Tahap kualiti PdPc guru ini pula diukur berdasarkan prestasi
               akademik yang dikuasai oleh murid. Bagaimana pun, masyarakat hari ini seolah-olah meragui
               keberkesanan kualiti pengajaran guru ekoran daripada fenomena kemerosotan prestasi akademik
               yang masih rendah (Johnson, 2006; Packard, 2011). Oleh itu, guru sentiasa ditekankan supaya
               melaksanakan peranan dengan berkesan dalam proses PdPc kerana ianya diyakini menyumbang
               kepada peningkatan prestasi akademik di sekolah (Hallinger, 2011).
                      Dalam konteks perkembangan prestasi pencapaian akademik di negeri Sabah khususnya
               dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), secara keseluruhannya masih berada pada tahap
               yang  kurang  memuaskan.  Berdasarkan  skop  kajian  ini,  dalam  masa  lima  tahun  (2011-2015)
               menunjukkan bahawa pencapaian UPSR di negeri ini masih berada dalam kedudukan terbawah
               berbanding dengan negeri-negeri lain di negara ini (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, 2015).
               Manakala, Gred Purata Negeri (GPN) dalam tempoh lima tahun tersebut menunjukkan pencapaian
               yang tidak konsisten. Peningkatan gred purata peringkat negeri sebanyak 0.09 dalam masa lima
               tahun masih belum mampu mengubah kedudukan negeri Sabah daripada kedudukan terbawah
               berbanding dengan negeri-negeri lain dalam pencapaian UPSR. Oleh itu, kajian ini dijalankan
               bagi  mengenalpasti  tahap  kompetensi  pedagogi  guru  dan  hubungannya  dengan  pencapaian
               prestasi akademik tersebut yang masih berada di tahap rendah.
                      Sehubungan itu, kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah rendah yang masih menunjukkan
               prestasi rendah dalam pencapaian UPSR di tiga buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri
               Sabah dengan memberi fokus kepada kompetensi pedagogi guru. Dalam konteks kajian ini, skop
               kompetensi  pedagogi  guru  dibahagikan  kepada  lima  dimensi  iaitu  perlaksanaan  aktiviti
               pembelajaran  dan  pemudahcaraan,  bimbingan,  mengintegrasi  kemahiran  generik  dalam



                                                             82
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97