Page 13 - Pengurusan
P. 13
4.9 ETIKA PROFESIONALISME PERKHIDMATAN
SMK TELUK BAYU , SUNGAI PETANI , KEDAH DARUL AMAN.
1. MASA BERTUGAS GURU
1.1 Waktu masuk : Sebelum 7.30 pagi pada setiap hari persekolahan
1.2 Waktu balik : selepas 2.30 petang
1.3 Masa PDPC mengikut jadual waktu dan jadual ganti (relief) yang diberikan.
1.4 Hari Sabtu : Bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan, gur-guru perlu hadir pada
8.00 pagi sekurang-kurangnya jam 12.00 tengah hari.
1.5 Masa Bertugas Penolong – penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran :
1.5.1 Penolong Kanan Pentadbiran 7.30 pagi hingga 4.00
1.5.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid petang pada hari –hari
1.5.3 Penolong Kanan Kokurikulum
1.5.4 Semua Guru Kanan ditetapkan (mengikut
Jadual Bertugas
2. KEHADIRAN Pentadbir)
2.1 Rekod kehadiran semua staf
2.1.1 Memasukkan sendiri kehadiran dan balik pada setiap hari dalam Sistem
Kehadiran adalah WAJIB. Jika gagal berbuat demikian, tuan/puan dianggap Tidak
Hadir. Guru-guru diwajibkan memasukkan masa pulang dari sekolah pada setiap
hari.
2.1.2 Jika akan menghadiri mesyuarat / kursus atau merancang Cuti Rehat (memohon
sebelum bercuti)
2.1.2.1 Semua staf hendaklah memasukkan kenyataan tersebut pada Sistem Kehadiran
mengikut tarikh yang berkenaan untuk tujuan rekod kehadiran.
2.1.3 Jika Tidak Dapat Hadir sekolah kerana sakit / Isteri Bersalin / Kematian ahli
keluarga terdekat (ibu /bapa/isteri/suami/anak), staf perlu :
2.1.3.1 Telefon ke sekolah segera kepada Pengetua/Pen.Kanan supaya kelas relief
dapat segera disediakan.
2.1.3.2 serahkan Sijil Sakit untuk pengesahan pengetua dan seterusnya kepada
Pembantu Tadbir untuk rekod
2.1.3.3 Cuti Bersalin: sebaik sahaja mendapat Sijil Cuti Bersalin, perlu serahkan dengan
kadar segera untuk urusan pengambilan Guru Ganti.
2.1.4 Keluar Kawasan Sekolah
2.1.4.1 Semasa bertugas, semua staf perlu berada didalam kawasan sekolah
2.1.4.2 Jika perlu meninggalkan kawasan sekolah untuk tujuan urusan rasmi /
kecemasan, semua staf perlu :
2.1.4.2.1 Memaklumkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran
(Jika Pengetua bertugas di luar sekolah) untuk tujuan kebenaran
2.1.4.2.2 Semua guru dan staf yang perlu keluar kawasan sekolah mesti
melengkapkan Borang Permohonan Keluar Sekolah dan
memasukkan dalam Sistem Kehadiran semasa hendak keluar.
2.1.5 Guru / Staf yang mendapat Cuti Istimewa keran isteri bersalin (7 hari) atau ahli
keluarga terdekat meninggal dunia (3 hari kerana kematian suami /isteri/ibu
kandung/bapa kandung/anak) merekodkannya dalam Sistem Rekod Kehadiran dan
memaklumkan kepada Pembantu Tadbir Perkhidmatan untuk rekod.
2.1.6 “Time – off Slip” yang diperolehi daripada doktor tidak boleh digunakan untuk
mendapatkan cuti . Slip ini hanya dokumen yang mengesahkan bahawa guru
keluar daripada kawasan sekolah dan diperakukan oleh doktor berkenaan bahawa
seseorang guru itu telah menerima rawatan pada masa berkenaan.Tiga(3) kali
“time-off slip” yang melebihi 8 jam dalam sebulan boleh dikira sehari CRK.
2.1.7 Majlis Rasmi Sekolah – Semua guru wajib hadir ke semua majlis rasmi sekolah
sama ada diadakan di sekolah atau di luar. Contoh Majlis Rasmo sekolah :
Perhimpunan Rasmi Mingguan, Hari Anugerah Cemerlang, Mesyuarat –mesyuarat
yang ditetapkan, kursus-kursus atau Latihan dalam perkhidmatan, pertandingan-
pertandingan dan seumpamanya.
13

