Page 14 - Pengurusan
P. 14
3. CUTI REHAT KHAS (CRK)
3.1 Guru layak memperolehi 7 hari Cuti Rehat dalam 1 tahun. Cuti Rehat bukan hak, ertinya ia
hanya dibenarkan diambil setelah permohonan dibuat terlebih dahulu, ia disokong oleh
Penolong Kanan (bagi guru) / Ketua Pembantu Tadbir (bagi staf sokongan)sebelum
diluluskan oleh pengetua. Peraturan Dalam Jabatan Pendidikan Negeri telah menetapkan
bahawa Cuti hendaklah ditaburkan sepanjang tahun, iaitu 2 hari cuti untuk tempoh 3
bulan.
3.2 Prosedur Permohonan Cuti Rehat:
3.2.1 Rancang cuti / bincang dengan Penolong Kanan untuk disokong
3.2.2 Isi borang Permohonan Cuti dan memohon kelulusan daripada Pengetua
3.2.3 Permohonan mendadak / segera melalui telefon adalah sangat tidak digalakkan.
4. SEKOLAH ADALAH KAWASAN TEMPAT KERJA
4.1 Semua guru mesti sentiasa berada di dalam kawasan sekolah/di dalam kelas (ada kelas)
4.2 Guru dilarang berniaga / menerima kedatangan jurujual yang tidak dibenarkan oleh pihak
pentadbir sekolah
4.3 Guru tidak dibenarkan membawa orang asing ke kawasan sekolah
5. PAKAIAN
5.1 Semua guru dan semua staf sokongan adalah Penjawat Awam dan dengan ini adalah
tertakluk kepada Peraturan Berpakaian Penjawat Awam semasa menjalankan tugas rasmi
dan semasa berada di dalam kawasan bertugas. (Ruju : Surat Pekeliling Bil. 6/1985)
5.2 Lelaki : Bertali leher, bertanda nama dan kemas.
5.3 Perempuan : Sopan bertanda nama dan beradab.
5.4 Pakaian batik Sekolah : setiap hari Khamis awal bulan.
6. SEMUA GURU ADALAH PENGUATKUASA DISIPLIN MURID
6.1 Guru hendaklah bertindak dengan menegur / mengambil tindakan kepada masalah disiplin
murid, khasnya dalam aspek-aspek berikut :
6.1.1 Adab dengan guru dan adab sesame murid
6.1.2 Peraturan di kantin
6.1.3 Merayau di luar kelas/bilik darjah
6.1.4 Tidak berada di dalam kelas sewaktu rehat
6.1.5 Keterampilan sebagai murid sekolah (pakaian sekolah /rambut)
6.1.6 Vandalisme, khusunya perabot di dalam kelas dan harta benda sekolah amnya
7. BUKU REKOD MENGAJAR
7.1 Setiap guru akan deberikan sebuah buku rekod mengajar dan bertanggungjawab terhadap
keselamatan buku tersebut
7.2 Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan dilengkapkan dengan
maklumat-maklumat berikut : )Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 dan P.U.(A)531-
Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1977 iaitu :
7.2.1 Butir peribadi guru
7.2.2 Jadual Waktu Peribadi dan Kelas
7.2.3 Sukatan Pelajaran
7.2.4 Rancangan Pelajaran
7.2.5 Senarai Buku Teks dan Buku Rujukan
7.2.6 Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian
7.2.7 Headcount Kelas dan Mata Pelajaran yang diajar
7.2.8 Markah ujian / peperiksaan yang dikemaskini
7.2.9 Lain-lain dokumen yang ditetapkan
7.3 Buku rekod mengajar mesti dibawa ke kelas semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas dalam 5.2)
7.4 Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat sebelum balik ke rumah pada hari Khamis untuk
disemak dan ditanda tangani oleh pentadbir sekolah
14

