Page 149 - mewarna pelangi
P. 149

Pak  Leman  memandang  Mak  Ton  tak  ubah  seperti  seekor  singa

                   lapar yang mahu menerkam mangsanya. Dan berkata:


                          “Awak  diam!  Awak  dengan  dia  sama  saja.  Selalu  membantah


                   cakap  saya!”  Suara  Pak  Leman  hampir  memecahkan  ruang  anjung

                   rumah.




                          “Zarah,  kau  dengar  sini  baik-baik.  Kalau  kau  nak  tinggal  dalam


                   rumah  ni,  lebih  baik  kau  kahwin  dengan  Halim.  Tapi  kalau  kau

                   melawan  jugak  cakap  aku,  kau  boleh  keluar.  Faham!”  tengking  Pak


                   Leman lagi.




                          “Sedarlah  diri  kau  tu,  sikit.  Kau  tu,  seorang  perempuan.  Yang

                   hanya layak duduk di ceruk dapur. Dan bukannya di bilik yang berhawa


                   dingin!”  Pak  Leman  seolah-olah  melepaskan  protes  yang  telah  lama

                   bersarang di jiwanya. Zarah lalu menangis teresak-esak.




                          Akhirnya dia mengambil keputusan yang nekad dengan melarikan


                   diri daripada rumah. Akibatnya heboh satu kampung akan berita itu.




                          “Huh, memang dasar anak yang tidak tahu diuntung!” Pak Leman


                   melepaskan  perasaan  geram  yang  tak  terhingga.  Sambil  menggertap

                   rapat giginya.







                                                             149
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154