Page 152 - mewarna pelangi
P. 152
“Asri, hanya kaulah sahaja lelaki yang pertama dan terakhir
dalam hidupku.” Suara Zarah tenggelam dalam deruan ombak. Asri
memegang erat jari-jemarinya yang lembut bak sutera itu. Seolah-olah
sukar untuk melepaskan dia pergi dari sisi.
“Aku juga begitu, Zarah!” ikrar Asri pula. Bola mata mereka saling
berlaga. Kilauan pasir jelas kelihatan bila disinari oleh cahaya matahari
yang panas terik. Buih-buih yang memutih berapungan di gigian pantai.
Laut tetap membiru.
Buuurrrrr! Buuurrrrr! Desiran ombak dan pantai menjadi saksi
cinta Asri dan Zarah.
“Kau tak takut, Asri?” Dia dilanda kebimbangan.
“Tentang janji setia, kan?” Asri pantas memotong.
“Ya! Janji manis memang mudah dilafazkan di bibir. Tapi
adakalanya ia tidak dapat ditunaikan.” Zarah cuba mengingatkan Asri
semula melalui kata-kata itu.
“Aku rasa kau terlupa sesuatu.”
152

