Page 154 - mewarna pelangi
P. 154
Zarah diam membisu seribu bahasa. Entah mengapa! Dia enggan
mengeluarkan kata-kata walau sepatah pun. Mulutnya seperti terkunci
rapat. Suara ombak tak putus-putus kedengaran bergema membelah
suasana.
Sekumpulan camar putih bebas berterbangan ke sana sini di
angkasa nan luas. Gema suaranya hampir memecah alam. Kemudian
hinggap di atas pohon yang rendang untuk membuat sarang.
Zarah dengan penuh minat memerhatikan kanak-kanak yang
sedang bermain di gigian pantai. Hilai tawa mereka yang berkumandang
hampir memecahkan gegendang telinga. Sambil membina kota daripada
timbunan pasir.
Asri mendongakkan kepala ke atas memandang langit yang
membiru. Bola matahari tepat di atas darjah. Bahangnya terasa amat
ketara sekali menggigit permukaan kulit. Kesepian. Memenuhi ruang
buat seketika. Namun Zarah tidak mahu situasi ini terus berlarutan. Dia
lalu bersuara:
“Asri, aku mahu menjadi seperti kanak-kanak itu. Dipenuhi
dengan warna-warna keriangan dalam meniti hidup ini.”
154

