Page 153 - mewarna pelangi
P. 153
“Sesuatu?” Zarah disapa kehairanan. Pohon-pohon cemara
bergoyangan antara satu sama lain ditiup angin. Daun-daun hijau
berguguran. Asri lalu mencapai sebatang ranting mati dan mengais-
ngais butiran pasir yang halus. Zarah hanya memerhatikan sahaja
gelagatnya itu. Kemudian Asri lalu melontarkan pandangan ke arah laut.
Setelah puas, dia kembali semula memalingkan muka ke arah Zarah.
Sebaliknya Zarah tak henti-henti menduga Asri.
“Bagaimana kalau kau ditakdirkan jatuh cinta dengan gadis di
sana?” Mata Asri tunak. Dia merenung wajah Zarah sedalam tasik.
Asri pantas menarik nafas yang panjang. Dan berkata:
“Biarpun beribu bah atau ribut yang datang melanda aku akan
tetap menolaknya kerana aku amat menyintai dirimu!”
Zarah mengangkat mukanya sedikit.
“Sungguh?” Mereka saling berpandangan. Asmara terasa kian
bergelora. Umpama gelombang yang menghempas ganas di lautan.
“Haruskah aku buktikan?” soal Asri secara spontan.
153

