Page 151 - mewarna pelangi
P. 151
“Anak-anak saya tak ada perangai macam dia. Keras kepala. Awak
faham tak!” bentak Pak Leman.
Zarah juga nyaris-nyaris dinodai oleh penyelia kilang. Mujurlah
Adi seorang pembantu penyelia yang telah menyelamatkannya.
Semenjak dari hari itu, persahabatan mereka berdua semakin akrab bak
isi dengan kuku. Adi sentiasa memberi perangsang kepada dia agar
belajar semula. Akhirnya mereka berdua telah lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke
peringkat universiti.
Setelah keluar daripada universiti, Zarah tidak mahu bekerja
dengan kerajaan. Sebaliknya menceburkan diri dalam bidang usahawan.
Sementara Asri pula melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
“Zarah .... Aku pergi tak lama. Bila dah tamat pengajian nanti, aku
kembali semula ke pangkuan kau. Relakah kau menanti kepulanganku
...,” Asri bersuara perlahan.
Gulungan ombak setia menerjah pantai. Bayu berhembus
perlahan nyaman. Hingga mengerbangkan rambut Zarah yang hitam
ikal mayang hingga mencecah paras bahu.
151

