Page 176 - mewarna pelangi
P. 176
BAB 14
Amanah arwah Datuk Karim berlegar di fikirannya. Berat. Seperti
memikul seketul batu besar. Mahu atau tidak Johari terpaksa
menunaikannya. Dia satu-satunya anak tunggal arwah Datuk Karim.
Kalau tidak Syarikat Permata Holdings Sdn. Bhd. akan berkubur.
“Kaulah satu-satunya harapan ayah ... Johari ... kau mesti
menyelamatkan Syarikat Permata Holdings ....” Nada suara Datuk Karim
tersekat-sekat sewaktu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan pintu mengejutkannya daripada
lamunan.
“Masuk!” Dia memberi arahan. Shanty yang memerangkap
setiausaha syarikat muncul bersama sepucuk surat di tangannya.
“Ini ada surat daripada pihak bank,” kata Shanty sambil
menghulurkannya kepada Johari. Dia pantas menyambut dan membuka
sampul surat itu. Dia membaca isi kandungannya dengan penuh teliti.
Hutang Syarikat Permata Holdings dengan pihak bank berjumlah
RM800,000.00.
176

