Page 177 - mewarna pelangi
P. 177

Syarikat  Permata  Holdings  diberi  tempoh  tiga  bulan  untuk

                   menjelaskannya.  Kalau  tidak  pihak  bank  akan  mengambil  tindakan


                   mahkamah dengan mengisytiharkan Syarikat Permata Holdings muflis.




                          Berat! Getus hati kecilnya.




                          “Ada  apa-apa  yang  boleh  saya  bantu,  Encik  Johari?”  tanya


                   Shanty.




                          “Tolong  bawakan  fail  projek  kondominium  di  Taman  Melati.”

                   Johari mengeluarkan arahan kepada Shanty.




                          “Baiklah, Encik Johari.” Dia akur dengan arahan tuan muda itu.




                          Kesejukan  alat  penghawa  dingin  mengepung  seluruh  ruang  bilik


                   yang  berbentuk  empat  segi  itu.  Tak  lama  kemudian  Shanty  muncul

                   sambil membawa fail berwarna hitam yang diminta oleh Johari.




                          “Ini failnya, Encik Johari.”





                          “Terima kasih,” Johari lantas membukanya.










                                                             177
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182