Page 197 - mewarna pelangi
P. 197

Datuk Baharuddin sebaliknya merengus sendirian.




                          Jelas  sekali  dia  dibalut  rasa  kecewa.  Seperti  bala  tentera  yang


                   kecundang di medan perang.




                          Namun  begitu  dia  tidak  boleh  memaksa.  Zainal  sudah  dewasa.

                   Berfikiran  matang  dalam  melayari  hidup.  Baik  buruk  terletak  di


                   tangannya. Bukan macam kanak-kanak.




                          Datuk  Baharuddin  sedar  ketiadaan  Zainal  merupakan  satu

                   kehilangan  besar  kepada  syarikat.  Dia  terpaksa  akur  dengan  hakikat


                   itu. Dia mengangguk tanda mengalah.




                          “Baiklah! Tapi saya harap awak akan kembali semula ke syarikat

                   ini satu hari nanti.”




                          Zainal bangun dan berjabat tangan.




                          “Saya minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tingkah laku


                   yang tidak menyenangkan Datuk. Selama saya berkhidmat di sini.”




                          “Saya juga begitu, Zainal.”







                                                             197
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202