Page 196 - mewarna pelangi
P. 196

“Semuanya  berjalan  lancar  dan  tak  pernah  mendatangkan

                   masalah kepada saya.”





                          “Habis?”  tanyanya  bertubi-tubi  kali.  Umpama  muntahan  peluru

                   daripada muncung mesin-gun.




                          “Demi sebuah pengorbanan.”




                          “Untuk siapa?”




                          “Untuk orang tua saya.”




                          Datuk Baharuddin amat berat untuk melepaskan dia pergi.




                          “Banyak  lagi  projek  yang  belum  terlaksana.”  Dia  memerhatikan


                   memo yang masih lagi terletak di sisi meja.




                          “Saya amat sayangkan syarikat ini tapi ....” Terhenti.




                          “Tapi apa?” Datuk Baharuddin tak sabar-sabar lagi mencelah.




                          Zainal memandang wajah yang separuh umur itu. Dan berkata:

                          “Membela nasib mereka yang terbiar.”





                                                             196
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201