Page 198 - mewarna pelangi
P. 198
Dia mengatur langkah lima tapak ke arah pintu. Tangan
kanannya pantas menyelak daun pintu yang antik itu. Datuk
Baharuddin memerhatikan dengan penuh minat. Bayangannya pun
hilang setelah pintu terkatup semula.
Maka tamatlah riwayat Zainal dengan Syarikat Ampangan
Holdings Sdn. Bhd.
Sementara itu Datuk Baharuddin merenung dinding yang konkrit
serta pejal bercat putih. Tiada seorang pun pengganti yang berwibawa
seperti Zainal. Dia telah banyak berjasa dalam membangunkan syarikat.
Darus sememangnya layak mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh
Zainal. Tetapi dia masih kekurangan pengalaman. Itu sahaja. Namun
begitu kalau dididik dan dipupuk dengan sempurna sudah pasti impian
itu terlaksana.
Jam di tangan tepat menunjukkan pukul 12:00 tengah hari.
Dia teringat appointment makan tengah hari bersama dengan Mr.
Chan di Hotel Inn. Seorang ahli perniagaan yang terkenal dari Hong
Kong. Datuk Baharuddin sentiasa sibuk. Dari awal pagi hingga ke larut
malam. Dalam soal business mesti cepat bertindak agar tidak tercicir.
198

