Page 201 - mewarna pelangi
P. 201

“Kita harus siasat dulu sebelum mengambil sesuatu tindakan.”




                          Gaya  Yazid  tak  ubah  seperti  seorang  pegawai  polis  di  cawangan


                   jenayah.




                          Karim merasa bosan dengan gelagat Yazid yang asyik melindungi

                   Zainal.  Tanpa  menyatakan  sokongan  yang  padu.  Kemudian  dia


                   bersuara:

                          “Ah,  sudahlah!  Kau  dengan  Datuk  sama  saja!”  Mukanya  merah


                   macam  udang  kena  bakar.  Marah  dan  kecewa.  Cita-citanya  untuk

                   melihat Zainal digulingkan dari syarikat tidak tercapai.




                          Lantas dibantah oleh Yazid.




                          “Kau ni macam tak puas hati aje aku tengok.”




                          “Memang!” dia menjawab dengan mengangguk.




                          “Kalau begitu lebih baik kau lepaskan saja pada Datuk. Bukannya


                   aku yang menjadi sasaran!” Dia bingkas bangun serta beredar dari situ.


                   Karim terpinga-pinga. Macam ayam berak kapur.



                          Roziah merengus.





                                                             201
   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206