Page 37 - mewarna pelangi
P. 37

Sekuntum  mawar  merah  terhias  indah  dalam  jambangan  kecil

                   yang  berwarna  putih.  Hazalina  memecahkan  kebisuan  yang  melanda


                   buat seketika.




                          “Kadangkala orang kaya juga diburu ketakutan.”


                          Aku merasa amat taksub sekali. Dia begitu arif tentang psikologi

                   hidup manusia di atas muka bumi ini. Dari mana dia belajar agaknya?


                   Mungkin  dia  banyak  membaca  buku-buku  yang  bukan  sahaja

                   menyalurkan sumber ilmu pengetahuan malahan yang bermoral tinggi.


                   Perasaan ingin tahu tak putus-putus menendang-nendang benakku.




                          Aku  lalu  menarik  kerusi  ke  depan.  Persoalan  ini  benar-benar

                   menarik perhatianku.




                          “Kau nampaknya pakar dalam hal-hal kehidupan manusia.”




                          Dia menjawab senang:


                          “Sebagai manusia kita dianugerahkan oleh Tuhan deria mata dan

                   telinga.”





                          “Kau  belajar  dari  persekitaran?”  aku  menyoal  tanpa  rasa  segan-

                   silu.







                                                             37
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42