Page 36 - mewarna pelangi
P. 36
“Hazalina, aku lebih banyak mengenal erti kesusahan daripada
kemewahan sepanjang hidup ini. Sejak masih kecil lagi hingga
sekarang,” aku menjawab. Sisa-sisa air teh dalam cawan terus
kehabisan hingga licin.
Kesejukan alat penghawa dingin mengapung seluruh ruang
restoran.
Hawa dingin termampan di atas dinding pejal yang bercat putih.
Kesegarannya terasa amat ketara sekali apabila menyapu permukaan
kulit. Irama muzik yang sentimental sungguh menggetarkan jiwa.
“Orang miskin juga boleh berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke
universiti malah boleh menjadi terkenal.” Dia membetulkan rambutnya
yang panjang hitam ikal mayang hingga mencecah paras bahu
mengerbang sedikit akibat disapu hawa dingin.
Kain yang berwarna biru air laut melitupi permukaan meja yang
berbentuk empat segi itu.
36

