Page 74 - mewarna pelangi
P. 74

“Penuh dengan perit dan getir. Maklumlah kota yang besar penuh

                   dengan  cabaran  dan  dugaan.  Dari  sinilah  ia  mengajar  kita  supaya


                   menjadi kuat dan tabah,” jawabku tenang.




                          “Kalau tidak?” Saripah mengangkat muka.









                          “Yang  cepat  akan  terus  berkuasa  di  atas.  Dan  yang  lemah  akan


                   terus tertindas di bawah.” Tetapi aku tidak pernah lupa pada desa yang

                   permai tempat aku dilahirkan. Banjaran gunung yang menghijau, sawah


                   padi yang terbentang luas, ketenangan air sungai serta lambaian pohon

                   nyiur sentiasa mengajak aku pulang.




                          “Adakah semua penghuni di kota kosmopolitan ini hidup di bawah


                   hipokrit?”  Kugelengkan  kepala  sebagai  tanda  tidak  bersetuju  sama

                   sekali dengan pendapat itu. Saripah nampaknya teracung juga.




                          “Tidak  semua  begitu,  Saripah.  Hanya  segelintir  sahaja.  Tapi  kita


                   tak  boleh  bulat-bulat  salahkan  mereka.  Ini  timbul  kerana  desakan


                   hidup. Akhirnya yang kurang berada terpaksa menyamar seperti orang

                   kaya,” tegasku. Dia diam sebentar. Mungkin sedang mencari kesimpulan








                                                             74
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79