Page 78 - mewarna pelangi
P. 78

Kita sebenarnya terlupa bahawa Tuhan menjadikan semua makhluknya

                   di  muka  bumi  ini  sama  rata  tanpa  mengira  kaya  atau  miskin.  Yang


                   membezakan adalah ketakwaan pada-Nya.




                          “Mengapa mereka yang telah berjaya mengecap nikmat kekayaan


                   menjadi tamak?” tanya Saripah pula dengan penuh minat.




                          “Mereka sebenarnya dipandu oleh nafsu dan ingin terus berkuasa

                   di  atas  tanpa  memikirkan  bahawa  hidup  ini  tak  ubah  seperti  putaran


                   roda.  Adakalanya  di  atas  dan  adakalanya  di  bawah.  Oleh  itu  mereka

                   sanggup  berbuat  apa  sahaja  walaupun  dengan  jalan  yang  salah  demi


                   mencapai cita-cita tersebut,” aku menjawab dengan panjang lebar.




                          Saripah  dibelenggu  diam  seketika.  Mungkin  bersetuju  dengan

                   jawapanku.  Kerana  kata  orang  diam  selalunya  bererti  setuju.


                   Berbanding  dengan  angguk  belum  tentu  lagi.  Tapi  bagiku  lebih  baik

                   diam agar berisi daripada berisi tapi tak berhasil.




                          Hidup ini harus berprinsip. Jangan jadi lalang yang ditiup angin


                   tak  tentu  arah.  Akibatnya  mudahlah  bagi  orang  lain  mengambil


                   kesempatan untuk menindas kita.










                                                             78
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83