Page 77 - mewarna pelangi
P. 77

agama amat penting dalam panduan hidup manusia. Tanpanya manusia

                   akan teraba-raba tak tentu arah seperti orang jahil.





                          “Itu  bagi  mereka  yang  membina  segala  kekayaan  bermula

                   daripada atas,” balasku.




                          “Maksud Azman mereka tidak mengenal susah payah?”




                          “Ya!” aku membalas sambil mengangguk-anggukkan kepala.


                          “Mereka yang bersusah payah membina empayar kekayaan akan

                   sedar diri mereka. Dan mengakui bahawa diri mereka adalah lemah. Ini


                   menjadikan mereka tidak lupa daratan,” sambungku lagi.




                          Selalunya  orang  yang  kaya  amat  berpengaruh  dengan  wang

                   mereka  boleh  membeli  segala-galanya.  Tetapi  lain  halnya  pula  pada  si


                   miskin  tanpa  wang  hidup  mereka  akan  sengsara.  Yang  paling

                   menyedihkan timbul jurang perbezaan antara si kaya dengan si miskin.


                   Si  kaya  akan  memerintah  si  miskin  yang  menjadi  hamba.  Si  kaya

                   tarafnya  amat  tinggi  dan  si  miskin  tidak  layak  bercampur  gaul


                   dengannya.




                          Aku  lalu  tunduk  menginsafi  kekerdilan  diri  ini.  Perlahan-lahan

                   kuangkat  kepala  merenung  wajah  Nabilah  yang  berada  di  sebelahku.





                                                             77
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82