Page 75 - mewarna pelangi
P. 75

tentang  apa  yang  kuutarakan.  Sekali-sekala  terasa  angin  berhembus

                   perlahan menyapu permukaan kulit.





                          “Sebagai  manusia  tentu  Azman  mempunyai  cita-cita,  bukan?”

                   Kedua-dua  bola  mataku  tepat  memandang  kulitnya  yang  putih  berseri


                   itu bak kilauan mutiara di dasar lautan. Kutarik nafas yang panjang.









                          “Saya  mahu  berjaya  dalam  hidup.  Dan  berbakti  kepada  sesama

                   insan dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan balasan.” Saripah lalu


                   mengangguk. Di kaki langit kelihatan tompok awan biru dan putih.




                          Dan  Taman  Tasik  Titiwangsa  semakin  ramai  menyambut

                   kedatangan  pengunjungnya  terutama  yang  sudah  berkeluarga.


                   Maklumlah  hari  minggu  adalah  kesempatan  yang  terbaik  untuk

                   membawa keluarga bersiar-siar. Serta melapangkan otak setelah penat


                   seminggu suntuk bekerja.




                          Begitu juga dengan pasangan yang sedang bercinta inilah tempat


                   yang  paling  sesuai  untuk  melepaskan  rindu  dendam  yang  membara.

                   Tetapi dalam pada itu mereka harus beringat jangan sampai melanggar

                   tatasusila  Islam.  Alamatnya  kena  cekuplah  dek  pencegah  maksiat.





                                                             75
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80