Page 82 - mewarna pelangi
P. 82

BAB 7




                   Kalau dah jodoh tak ke mana. Asam di darat, ikan di laut dalam periuk


                   bertemu  jua.  Bukankah  Islam  amat  menggalakkan  perkahwinan?

                   Tujuannya ialah untuk mendapatkan zuriat. Alangkah indahnya menuju


                   ke  gerbang  perkahwinan!  Diiringi  oleh  paluan  kompang  dan  bunga

                   manggar.  Beras  kunyit  ditabur,  ditepungi  tawar.  Bersanding  di  atas


                   pelamin  bagai  pinang  dibelah  dua.  Sama  cantik  sama  padan.  Sambil

                   dikelilingi oleh sanak-saudara dan teman-teman. Ibu dan ayah gembira


                   tak terhingga melihat anak mereka menempuhi kehidupan baru.




                          Tiap kali aku pulang ke kampung, topik kahwin pasti timbul.




                          Malam itu, selepas menunaikan solat Isyak aku berehat di anjung

                   rumah. Ayah sejak dari Maghrib tadi belum lagi balik dari surau. Bulan





                                                             82
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87