Page 80 - mewarna pelangi
P. 80
“Asalkan tahu menjaga nama baik keluarga.”
“Oh, begitu!”
Tentu ayah dan ibunya mahukan seorang lelaki yang baik dan
kuat beribadat untuk menjadi menantu mereka. Harta kekayaan dan
pangkat? Itu aku tak pasti. Aku belum lagi mengenali keluarganya.
Manusia zahirnya rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Itu sudah
menjadi adat manusia yang hidup dalam dunia materialistik. Terlalu
memandang pada kebendaan. Ciri-ciri budi pekerti kian diketepikan.
Adaketikanya ibu bapa amat tegas dalam soal jodoh anak-anak mereka.
Bukannya apa. Itu tandanya mereka amat sayang pada anak. Mereka
tidak mahu anak-anak mereka gagal menemui sinar kebahagiaan.
Ini zaman komputer majoriti anak-anak lebih gemar berkahwin
atas dasar suka sama suka. Bagiku dalam soal jodoh biarlah Tuhan
sahaja yang menentukan. Jodoh dan maut adalah di tangan-Nya. Kalau
boleh biarlah isteriku seorang yang solehah.
“Rosli pernah bercinta?” soal Saripah lagi.
“Setakat ni belum pernah. Berkawan tu ada la,” balasku.
80

