Page 3 - CER PEN TANGKAI PADI UTK HUMINODUN
P. 3
tanah sawah apa lagi mengangkat cangkul atau sengaja mahu terpalit lumpur. Gaji bulanan
selaku ketua kampung sudah cukup menyara hidup tuanya. Dia hanya perlu prihatin dan peka
akan laku anak buahnya. Sekali-sekala dia hanya perlu berdiri di tepi jalan raya memerhatikan
jentera membajak tanah sawah dan jika berkesempatan bertanya jumlah hasil yang berjaya
dikeluarkan musim ini. Jika hasil kurang dari musim sebelumnya, pasti ada yang tidak sempurna.
Mungkin soalan itu diajukan pada alam atau bambazon.
Tidak ada siapa yang tahu kegusaran menghambat-hambat dalam jiwanya setiap kali lori
mengangkut semua hasil padi beredar. Siapa mungkin akan mengerti makna magavau jika
keringat tidak mengalir di tengah-tengah panas mentari. Siapa mungkin akan merasa kenikmatan
apabila burung pipit tidak sudi hinggap di rumpun padi dan meninggalkan padi yang tunduk
berisi.
Hanya orang tua sepertinya yang faham atau ibu tua yang masih bergantung harap pada rezeki si
padi.
Itulah yang menjadikan Lacius ‘mabuk’ sebelum waktunya. Bernostalgia saban musim.
Tahun ini seperti juga tahun sebelumnya semakin mencabar buat Lacius dan orang-orang
sepertinya. Musim sudah berubah. Tengkujuh menjadi kemarau. Kemarau menjadi ribut. Banjir
tidak juga membunuh anak padi kerana empangan pun hampir kering. Dia tidak marah pada
alam kerana alam jua yang menyuburkan segala yang hidup di muka bumi ini. Marahnya hanya
pada manusia. Manusia yang lupa berbudi pada tanah.
Sepanjang hayatnya dia mempercayai semangat bambazon. Apabila berakhir musim padi,
magavau diraikan tanda kesyukuran dan berterima kasih penghasilan padi pada musim itu.
Terlalu besar harapan di pikul agar hasil dituai berlipat-ganda pada musim seterusnya. Mendiang
Orang Kaya-kaya (OKK) Sodomon, Ketua Anak Negeri Keningau yang mengusulkan idea
sambutan ini dan 1960 diluluskan sebagai cuti umum. Tahun demi tahun satu Malaysia juga
sedar akan pesta ini.
Namun semakin lama dia pula semakin cuak. Saban waktu kegembiraan terbit kerana cuti umum
bukan semangat menjalar dari pesta ini.

