Page 5 - CER PEN TANGKAI PADI UTK HUMINODUN
P. 5

sudah nyanyuk dan hanya menunggu waktu pergi. Lacius tidak peduli. Dia tahu anak-anak muda

               semakin bacul mengeluarkan idea untuk kebaikan bersama. Biarkan saja dia yang bersuara siapa
               tahu akan ada juga yang mahu berfikir walau berpura-pura tidak mendengar.


               “Selagi beras menjadi makanan rugi, sawah padi ini harus terus mengeluarkan hasil. Siapa tahu

               sepuluh tahun lagi kita akan mampu menduga kitaran alam. Kita akan dapat menghasilkan padi

               yang bermutu tinggi.“ Pujuk Ketua Kampung. Dia juga malu pada diri kerana hanya perlu
               menunggu wang sewaan tanah sawah.


               “Aku sudah bosan meraikan magavau sebegini. Kita sudah hilang semangat Kinoingan dan

               Huminodun. Mana Suminundu yang melahirkan anak-anak bersemangat tunduk do tadau?”

               Lacius mula menari Sumazau seperti laku burung layang-layang atau bambarayon. Tubuh
               kerasnya masih bersisa gemalai namun gerak tarinya melambangkan kekecewaan. Dia menjerit.

               Menendang tiang rumah.


               “Jangan begitu, kerana adanya magavau inilah, sawah padi ini masih juga mengeluarkan hasil.“


               “Mungkin sekali lagi kita akan kebuluran? Adakah kita berharap Kinoingan akan mengorbankan

               anaknya sekali lagi?” Ketua Kampung semakin sukar mencela. Lacius sudah mabuk. Mabuk
               bersama keberangan. Matanya merah dan mula berkaca.


               “Siapa tahu Kinoingan akan mengorbankan anaknya sekali lagi bukan?“Ketua Kampung bertutur

               lembut. Lacius mengangkat muka. Sebak. Dadanya turun naik. Kesihatannya semakin merudum.

               Orang kampung juga menahan diri bertekak dengannya.


               Biarlah dia semakin marah sehari sebelum magavau.


               “Aku bukan Kinoingan.”


               “Aku tahu tapi semangat Kinoingan itu ada pada setiap ibu bapa. Selagi hidup, kita tidak akan

               berhenti berlari. Setiap saat kita inginkan kebaikan tetapi tidak semua kita peroleh walau pada
   1   2   3   4   5   6   7