Page 4 - CER PEN TANGKAI PADI UTK HUMINODUN
P. 4
“Jika sawah padi ini tidak lagi membuahkan hasil tetapi hanya lalang dan tidak ada seorang pun
manusia berdiri di tengah sawah ini, apa maknanya magavau itu?” Dia tahu anak-anak muda
menyamakan dirinya seperti orang-orang sawah.
Mereka berseloroh bahawa burung pipit pun tidak akan takut malahan terbang mengejek. Ikan
sepat, koruk dan jalak pun sengaja mengapungkan diri merasai kebosanan kerana tidak ada lagi
suara anak-anak kecil yang nakal berlari-lari di sawah padi. Sang kerbau juga semakin menjauh.
Tanah sawah ini amat sepi pembayang penghujung hayat seorang tua. Padi-padi ini hanya
membesar bersama alam, bunyi angin atau burung pipit atau ditemani bunyi jentera. Jentera
membajak. Jentera menanam padi dan penghujung musim, jentera menuai padi. Hinggalah bunyi
lori yang hanya perlu menunggu di tepi sawah mengangkut hasil padi itu untuk di bawa pulang
ke kilang.
Dan Lacius akan mendapat bayaran setiap karung yang diniagakan. Atau menunggu sebulan dua
setelah padi itu menjadi beras. Dia sengaja membawa pulang satu atau dua karung padi buat
pelepas rindu. Jumlah itu tidak cukup memenuhkan ketawai dan sebelum musim bermula
simpanan padinya sudah habis. Sekoyong-koyongnya dia perlu ke pasar raya membeli beras.
“Kita sudah hilang penghormatan terhadap semangat padi. Kita terus juga berpesta dengan
harapan rezeki akan datang lebih baik dan banyak. Tetapi lihat saja, siapa yang tinggal untuk
mewarisi pekerjaan ini? Pesta apa yang kita teruskan?“
“Sudahlah! Jangan diturut marah. Seorang bayi pun akan menjadi orang tua seperti kita. Ideanya
juga meluap-luap mencanai perubahan demi perubahan. Kita harus akur.” Ketua Kampung
memujuk Lacius.
“Tetapi apa maknanya magavau jika satu hari nanti sawah padi semakin sukar ditemui? Apa
yang harus dipuja Bobolian? Pasti bambazon akan hilang dan hidup kita semakin susah. Apa
nasib kita jika segenggam beras sama harganya dengan minyak?” Orang kampung mengata dia

