Page 99 - CAHAYA SUCI
P. 99

Dengan rasa lemah dan tidak bermaya Jeffri lalu menyeluk poket

                   bajunya  untuk  menyerahkan  wang  sepertimana  yang  diminta  oleh


                   musuh ketatnya itu. Senyuman jelas terukir di muka Simon. Kerana dia


                   akan memperolehi wang yang lumayan.




                          “Nanti dulu!” tahan salah seorang daripada kawan Rahim.




                          “Jangan bayar!” tegahnya lagi.




                          “Hei! Apa masalah kau ni, hah? Kan kau dah kalah. Tak puas hati

                   lagi ke?” Roy bertempik.




                          “Kau buat cara kasar untuk menang!” jelasnya.




                          “Apa  yang  telah  terjadi?”  Jeffri  yang  bagaikan  tidak  sabar-sabar


                   lagi  pantas  mencelah.  Untuk  mengetahui  apa  sebenarnya  yang

                   dimaksudkan oleh kawan Rahim itu.




                          “Rahim mati kemalangan bukan kerana dilanggar oleh kereta. Tapi


                   kerana  kau,  Roy.  Aku  nampak  sendiri  kau  tendang  dia  hingga  jatuh!”


                   dia  memberitahu  apa  yang  telah  terjadi  sebenarnya.  Sambil

                   menudingkan jari telunjuk tangan kanannya ke arah Roy. Yang berdiri

                   bertentangan dengannya.



                                                             99
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104