Page 122 - CAHAYA SUCI
P. 122

Keheningan  pagi  yang  dinikmati  oleh  Aina  pantas  terganggu

                   sebaik-baik  sahaja  telinganya  mendengar  apa  yang  dicakapkan  oleh


                   wainta yang telah melahirkannya ke dunia.




                          Sementara itu Rahim dibenarkan keluar daripada wad pada hari


                   ini.  Khairil  lalu  menjemputnya  dan  mereka  singgah  di  Restoran  Seri

                   Menanti  untuk  menjamu  selera  memandangkan  waktu  telah  masuk


                   tengah hari.




                          “Im  berjanji,  bang.  Im  tak  akan  merempit  lagi.  Peristiwa  Im

                   ditimpa kemalangan benar-benar menginsafkan Im. Im rasa seperti mati


                   hidup semula. Macam lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah,” dia

                   bersuara.




                          “Baguslah macam tu, Im!” sokong Khairil pula sebaliknya sambil


                   mengangguk-anggukkan kepala.




                          “Abang  harap  Im  tak  marah  kalau  abang  bertanya.”  Khairil

                   merenung dalam-dalam muka Rahim yang duduk di atas kerusi velvet


                   berhadapan dengannya.




                          “Tanyalah, bang. Apa dia?” sambutnya.





                                                            122
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127