Page 124 - CAHAYA SUCI
P. 124

BAB 27




                          Hari  ini  Aina  akan  pulang  semula  ke  Kuala  Lumpur  setelah


                   beberapa  hari  bercuti  di  kampung.  Sebelum  bertolak  dengan  menaiki

                   kereta  ibunya  mengingatkan  dia  agar  memikirkan  tentang  lamaran


                   Ismail.




                          Ibunya  berharap  sangat  agar  pintu  hatinya  terbuka  untuk

                   menerima  Ismail  sebagai  suami  melalui  perkahwinannya  yang  kedua.


                   Setelah  perkahwinannya  yang  pertama  berakhir  dengan  perceraian.

                   Sampai sahaja di rumah dia lalu menceritakan perkara ini kepada Sofia.




                          “Jadi, akak terimalah lamaran Abang Ismail?” Sofia bertanya.




                          “Entahlah, Sofia …!” dia menarik nafas yang panjang.




                          “Akak  benar-benar  berada  di  persimpangan  delima,”  tambahnya


                   lagi.




                          “Kenapa,  kak?”  soal  Sofia  yang  nampak  begitu  berminat  untuk


                   mengetahui  mengapa  sukar  bagi  kakak  angkatnya  itu  menerima

                   kehadiran  seorang  lelaki  untuk  berkongsi  hidup  dengannya  buat  kali

                   yang kedua.



                                                            124
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129